awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru perlu buat laporan jika murid didera - Yeoh

Bernama
Bernama
13/04/2019
08:42 MYT
Guru perlu buat laporan jika murid didera - Yeoh
YEOH: Jika guru mendapati tingkah laku murid mereka agak berlainan dan pelik, mereka perlu segera mengenal pasti apa masalahnya dan jika didapati didera, mereka harus melaporkannya kepada Talian Nur 15999. - Gambar fail/BERNAMA
Guru perlu tampil membuat laporan kepada pihak-pihak berkaitan sekiranya mendapati murid mereka menjadi mangsa dera di rumah, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.
Katanya ini kerana kanak-kanak menghabiskan kebanyakan masa mereka di sekolah dan guru-guru berperanan untuk mengenal pasti kes penderaan menerusi penelitian tingkah laku mereka.
"Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk menangani kes penderaan kanak-kanak terutamanya di rumah (kerana) biasanya kanak-kanak sendiri tidak akan melaporkan kepada sesiapa kerana khuatir ibu bapa mereka akan dipanggil polis.
"Jika guru mendapati tingkah laku murid mereka agak berlainan dan pelik, mereka perlu segera mengenal pasti apa masalahnya dan jika didapati didera, mereka harus melaporkannya kepada Talian Nur 15999," katanya.
Yeoh berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Gerakan Massa 'Terima Kasih Cikgu' Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Katanya selain guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah juga turut berperanan menggerakkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa supaya tidak melepaskan tekanan mereka terhadap kanak-kanak di rumah.
"Tanggungjawab guru serta ibu bapa adalah penting untuk mengelak sebarang kecederaan ke atas kanak-kanak akibat tekanan oleh orang dewasa.
"Oleh itu, usaha pelbagai pihak terutamanya pihak sekolah dengan ibu bapa adalah penting untuk kami di kementerian bagi memastikan kes penderaan kanak-kanak dapat ditangani dengan lebih efektif," katanya.
Sebanyak 295 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terlibat dalam Gerakan Massa 'Terima Kasih Cikgu' yang diadakan sempena Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei ini.
Antara aktiviti yang diadakan ialah larian, sukaneka dan pameran sains dan robotik yang turut disertai 473 pelajar dan guru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#Majlis Pelancaran Gerakan Massa
#mangsa dera
#Persatuan Ibu Bapa dan Guru
#PIBG
#Talian Nur 15999
#Terima kasih Cikgu
#Timbalan Menteri Pembangunan Wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan