awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru tadika perlu miliki Diploma Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/08/2016
08:09 MYT
Guru tadika perlu miliki Diploma Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Penyelarasan itu hanya melibatkan kelayakan tenaga pengajar di pendidikan pra-sekolah kerajaan dan swasta, bukannya kurikulum. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan akan melaksanakan penyelarasan tenaga pengajar yang mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di setiap tadika, taman asuhan kanak-kanak seluruh negara.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pusat asuhan untuk kanak-kanak usia 3 hingga 5 tahun diwajibkan mempunyai penjaga atau tenaga pengajar dengan kelayakan itu sebagai syarat operasi.
Bagaimanapun katanya, pengisian atau kurikulum pendidikan untuk tadika tidak akan diselaraskan kerana pendidikan awal kanak-kanak bermula sewaktu mereka mendaftar di pra sekolah pada usia 5 atau 6 tahun.
Katanya di negara maju, seperti Korea dan Jepun, penyelarasan berkenaan sudah dilaksanakan sebagai penekanan terhadap pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak di taman asuhan yang bermula di usia 3 tahun.
“Kita sebenarnya sudah bersedia bagi (pendidikan pra sekolah) seperti tadika, Kemas dan Perpaduan. Tapi kita hendak selaraskan.
“Maknanya, sama ada swasta atau kerajaan, kita hendak selaraskan standard (kelayakan) profesion penguruan,” ujarnya.
Jelas Mahdzir, penyelarasan itu bagaimanapun bukan melibatkan kurikulum kerana yang lebih penting adalah pengisian kreativiti dan inovasi.
Katanya, Kementerian Pendidikan sudah melaksanakan penyelarasan tenaga pengajar yang sekurang-kurangnya mempunyai diploma untuk mengajar kanak-kanak di pra sekolah.
Untuk itu katanya, kementerian mencadangkan supaya diwujudkan satu agensi bagi menguruskan perkara tersebut dengan pemantauan di bawah bahagian pendidikan swasta.
Mahdzir menjelaskan, kajian sedang berjalan, dengan jangkaan pelaksanaannya bermula tiga tahun dari sekarang. Iaitu pelajar yang mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak sudah menamatkan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi.
Tambahnya, pelaksanaan penyelarasan tenaga pengajar taman asuhan yang mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak akan dikuatkuasakan pada tahun 2020.
Topic Berkaitan
#diploma
#kelayakan
#Mahdzir Khalid
#pendidikan pra sekolah
#tadika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan