awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru terkena jangkitan kencing tikus meninggal dunia

Bernama
Bernama
11/08/2016
14:28 MYT
Guru terkena jangkitan kencing tikus meninggal dunia
Mangsa Mohd Yusri Yaccob (dalam bulatan) menghembuskan nafar terakhirnya pada 8.05 malam. -Gambar fail
Seorang guru yang dipercayai menghidap leptospirosis atau jangkitan kencing tikus meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini malam ini.
Mangsa Mohd Yusri Yaccob, 42, menghembuskan nafar terakhirnya pada 8.05 malam.
Dia disyaki terkena jangkitan penyakit itu selepas berkayak di Sungai Ketil, Baling, bulan lepas.
Adik mangsa, Mohd Yusman Yaccob, 35, berkata abangnya meninggal dunia akibat pendarahan otak serta kegagalan buah pinggang, hati dan jantung.
"Kami sekeluarga sedih tetapi reda dengan pemergiannya," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Rentang, Jitra, pagi esok.
Mohd Yusri yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seri Indera Putera, Ayer Hitam dilapor berkunjung ke Sungai Ketil pada 15 Julai lepas, bersama beberapa guru dan murid sekolah untuk menjalani aktiviti berkayak dan memanjat gunung di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Hospital Sultanah Bahiyah
#HSB
#leptospirosis
#Yusri Yaccob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan