awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hab Inovasi Komanwel bantu negara membangun dalami perkongsian data

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2020
14:27 MYT
Hab Inovasi Komanwel bantu negara membangun dalami perkongsian data
Scotland menyeru negara anggota agar tidak melihat jauh dalam proses penambahbaikan sistem sedia ada. - Facebook/@PScotlandCSG
Hab Inovasi Komanwel atau Commonwealth Innovation Hub yang diwujudkan dua tahun lalu, bukan sahaja berperanan sebagai platform perkongsian data antara negara anggota, tetapi juga disasarkan untuk membantu negara-negara membangun memahami kepentingan data empirikal.
Data empirikal, yang memberi penekanan kepada praktikal melebihi teori, penting dalam pembentukan polisi kritikal sesebuah negara.
"Negara-negara ini ada kemahuan politik, mereka mahu melunaskan 17 sasaran pembangunan Komanwel.
"Kerana itu kita wujudkan Hab Inovasi Komanwel. Tetapi mereka tidak ada pengetahuan tentang perkongsian data.
"Hab ini tidak mempunyai wang, tetapi kami mempunyai bakat-bakat besar dan rakan kongsi. Jadi kami berbincang dengan semua yang mempunyai sumber data terbuka, seperti Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).
"Kami tanya sudikah mereka berkongsi data mereka dengan kami kerana data-data itu akan membantu negara-negara terbabit," kata Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland.
Scotland yang memegang jawatan itu sejak 2018, turut menyeru negara anggota agar tidak melihat jauh dalam proses penambahbaikan sistem sedia ada.
"Saya tidak mempunyai wang untuk menyediakan algorithm yang diperlukan dalam hab ini, kerana kosnya kira-kira 1.8 juta pound.
"Kemudian saya disapa oleh seorang anak muda yang bertugas di bahagian ICT jabatan saya, beritahu saya dia boleh lakukannya. Cuma dia perlukan beberapa hari untuk sediakannya.
"Jadi dengan algorithm yang dia sediakan, kami ada satu hab inovasi dalam Komanwel," ujarnya.
Scotland berkata demikian ketika diwawancara oleh Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron, dalam program Perspektif yang disiarkan pada Rabu.
Beliau berada di negara ini untuk menyertai forum Faith in the Commonwealth - Commonwealth Call For Peace, Understanding and Rahmah (Mercy) di ibu negara, minggu lalu.
Topic Berkaitan
#Commonwealth Innovation Hub
#data empirikal
#Hab Inovasi Komanwel
#komanwel
#Patricia Scotland
#perkongsian data
#Perspektif
#platform perkongsian data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan