awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Habuan kereta untuk pujuk saya tinggalkan Islam'

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2016
23:48 MYT
'Habuan kereta untuk pujuk saya tinggalkan Islam'
Menurut Hani Kristina Chew (kanan), macam-macam yang dilalui, enam tahun yang sarat dengan ayunan cabaran hidup yang menggoncang iman mualaf ini.
Liku hidup yang ditempuh seorang ibu tunggal, Hani Kristina Chew Abdullah, 27, yang memeluk Islam enam tahun lalu bukan semuanya indah belaka.
Menurut Hani Kristina Chew, macam-macam yang dilalui, enam tahun yang sarat dengan ayunan cabaran hidup yang menggoncang iman mualaf ini.
Tetapi, sinar Islam tetap marak di dalam jiwanya sekali gus menjadi tembok besar yang sukar meruntuhkan cintanya kepada kehidupan seorang yang bergelar Muslim.
"Saya tergerak hati nak masuk Islam, mungkin kerana hidayahNya," kata Hani Kristina Chew yang mesra disapa dengan nama Hani semasa dibawa membeli-belah kelengkapan sempena Aidilfitri anjuran pejabat ADUN Jeneri, Datuk Mahadzir Abdul Hamid di sini, pada Jumaat.
Menetap di Kampung Kura, Sik, Hani memeluk Islam pada 2010 beberapa tahun sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Ketika itu, beliau berusia 21 tahun dan perkahwinannya pula tidak kekal lama.
Sejak bergelar janda setahun lalu, ibu kepada seorang anak lelaki ini mula 'dihidangkan' dengan macam-macam habuan, antaranya ialah hadiah kereta baharu.
Bagaimanapun, semua habuan itu datang bersyarat. Syarat tunggal yang nyata berat untuk Hani penuhi.
Dia perlu kembali ke pangkuan agama asal.
"Mereka pujuk saya supaya janganlah bersama dengan Islam lagi.
"Macam-macamlah yang dibuat sebagai pujukan, kalau saya tidak lagi beragama Islam, mereka akan beri saya kereta," ujarnya.
Tambahnya, 12 bulan lalu merupakan tempoh yang sangat panjang. Tetapi baginya perpisahan dengan suami sejak 12 bulan yang lalu tiada kaitan dengan agama.
Katanya, itu cerita manusia.
Hani tidak pernah rasa putus asa; rasa menyesal pula jauh sekali.
Baginya, tentangan keluarganya sendiri sejak dia memeluk Islam sudah menjadi lumrah hidup.
Dia mengakui tidak pernah menyimpan dendam atau menyembunyikan rasa terhadap keluarganya. Dia tidak matikan hubungan dengan keluarga walau berbeza agama.
Bagaimana pun, Syawal tahun ini ada sinarnya sendiri. Walaupun tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya, tetapi beliau memanjatkan jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Hani kini kembali menetap bersama keluarga asal. Mereka sudah terbuka hati menerimanya walaupun pegangan serta amalan agama yang berbeza.
Topic Berkaitan
#habuan kereta
#Hani Kristina Chew Abdullah
#Mahadzir Abdul Hamid
#mualaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan