Tutup

Hakim Syarie ditahan SPRM terima suapan RM4,000

Hakim Syarie ditahan SPRM terima suapan RM4,000
Seorang hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh (belakang) dan seorang Lans Koperal polis (depan) direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan melepaskan seorang pegawai polis daripada kes khalwat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang Hakim Syarie direman selama lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan sebanyak RM4,000.

Suspek dipercayai menerima wang suapan tersebut untuk melepaskan kes khalwat membabitkan seorang anggota polis yang dalam perbicaraan mahkamah.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh itu berusia 37 tahun itu ditahan SPRM pada kira kira jam 11.30 malam Selasa di Chemor, Perak.

Turut ditahan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 30 tahun yang disyaki bersubahat dalam perbuatan itu.
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Ipoh kira kira jam 11.00 pagi tadi untuk mendapat permohonan reman.

Hakim berkenaan diwakili peguam Dayang Noremilia Azman Shah manakala anggota polis itu pula diwakili Vivien Mitchiel Benedict.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.




Tag: SPRM, Hakim Syarie, Lans Koperal, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mahkamah Ipoh, Akta SPRM 2009, kes khalwat



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.