awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim tolak pemohonan Najib batal tujuh pertuduhan SRC International

Isabelle Leong, Firdaus Azil
Isabelle Leong, Firdaus Azil
29/04/2019
02:47 MYT
Hakim tolak pemohonan Najib batal tujuh pertuduhan SRC International
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata pertuduhan pecah amanah (CBT) tidak cacat kerana pengubahan wang haram dan tuduhan CBT didapati sah susulan satu keputusan Mahkamah Rayuan pada 2016. - Gambar fail
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak pemohonan notis usul yang dikemukakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan semua tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata pertuduhan pecah amanah (CBT) tidak cacat kerana pengubahan wang haram dan tuduhan CBT didapati sah susulan satu keputusan Mahkamah Rayuan pada 2016.
“Tiada kekeliruan tentang jawatan Najib sebagai perdana menteri, Menteri Kewangan dan juga Penasihat Emeritus di SRC International.
“Tiada kekeliruan juga dengan cara pertuduhan yang disediakan dan pihak pendakwa berhak meminda tuduhan itu.
“Pengubahan wang haram, CBT dan penyalahgunaan kuasa merupakan kesalahan yang berbeza dan tiada persamaan, ” kata Mohd Nazlan.
Beliau berkata tuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan mematuhi Seksyen 165 Kanun Tatacara Jenayah, dan tiada kecacatan dalam tuduhan tersebut.
Tambahnya, ia merupakan tugas pihak pendakwa untuk membentangkan tuduhan dan pihak mahkamah akan menilainya.
“Sebarang kesalahan boleh disabit jika pihak pendakwa dapat membuktikan setiap kesalahan itu.
“Pihak pembela belum menunjukkan bagaimana tertuduh menerima prejudis.
“Setakat ini, sembilan hari telah berlalu dengan 21 saksi memberi keterangan dengan pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan.
“Ia sukar untuk menerima bahawa tertuduh dikelirukan atau menerima prejudis dengan dakwaan-dakwaan tersebut,” katanya.
Topic Berkaitan
#kes SRC Najib
#Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Rasuah
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan