awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 300,000 rakyat Kelantan hadapi masalah kesihatan mental

Bernama
Bernama
10/11/2016
12:37 MYT
Hampir 300,000 rakyat Kelantan hadapi masalah kesihatan mental
DR AHMAD RAZIN: Sebilangan besar mereka berumur antara 16 dan 24 tahun terutama dari kalangan wanita.
Kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental akibat pelbagai tekanan hidup termasuk gejala dadah, kemurungan dan masalah keluarga.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata jumlah itu (300,000) berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lepas.
"Sebilangan besar mereka berumur antara 16 dan 24 tahun terutama dari kalangan wanita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok Datuk Dr Ilias Hussain.
Dr Ahmad Razin berkata masalah kesihatan mental jika tidak dirawat lebih awal ia berisiko tinggi untuk pesakit mendapat penyakit mental.
Beliau berkata bagi tujuan merawatnya, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, menyediakan perkhidmatan psikiatri.
Hospital Tanah Merah dan Hospital Kuala Krai pula menyediakan perkhidmatan pesakit luar psikiatri dan hospital daerah lain menyediakan perkhidmatan berkala, katanya.
Beliau berkata di samping itu terdapat 10 pusat pemulihan psikososial di seluruh Kelantan dan bagi daerah Bachok bertempat di Klinik Kesihatan Bachok. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#kesihatan mental
#penduduk Kelantan
#tekanan hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan