Lebih kurang 50,000 anggota terdiri daripada tentera, polis, RELA dan pihak berkuasa tempatan kini memantau pematuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dalam mengekang penularan wabak COVID-19.
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain majlis keselamatan negeri, pusat pengurusan bencana daerah juga akan digerakkan untuk menguatkuasakan dengan tegas peraturan itu.
Beliau berkata walaupun sehingga ini polis mendapati kadar pematuhan terhadap perintah itu adalah 90 peratus, beliau memandang serius baki 10 peratus itu memandangkan bilangan mereka juga besar jika diambil kira bilangan penduduk lebih 31 juta orang di negara ini.
Kerajaan juga setuju tempatkan polis dan tentera di kawasan pasar, pasar raya pantau pematuhan penjarakan sosial, kata Ismail Sabri yang juga merupakan Menteri Pertahanan dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
Langkah itu perlu kerana tempat-tempat seperti pasar pagi dan pasar raya masih sesak walaupun perintah itu berkuatkuasa.
Mengenai penugasan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ismail Sabri berkata ia dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan bukannya mengambil sebarang tindakan atau melaksanakan perintah darurat.
"Banyak khabar angin dan cerita tidak betul apabila kerajaan umumkan penglibatan ATM membantu polis. Kononnya setiap sekatan jalanraya ada kereta kebal. Nampak lucu. Tetapi inilah yang dihebohkan untuk takutkan orang ramai.
"Anggota ATM hanya membantu polis untuk menasihatkan orang ramai untuk patuh kepada arahan. Apa yang dilaksanakan adalah berkaitan akta pencegahan KKM, bukannya di bawah undang-undang darurat atau Majlis Keselamatan Negara.
"Memang benar ada hukuman penjara dua tahun, tetapi setakat hari ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu masih di peringkat nasihat. Namun mungkin berubah kepada tindakan yang lebih tegas jika tahap pematuhan masih rendah," katanya.
Ismail Sabri sekali lagi menegaskan, penglibatan anggota ATM hanyalah untuk membantu polis dan bukan mengambli alih tugas mereka termasuk berkaitan tangkapan.
Ismail Sabri menjelaskan, ATM akan membantu polis dalam melakukan sekatan jalan raya, rondaan di kawasan bandar termasuk di hospital, selain turut melibatkan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela.
"Penugasan ini termasuk kawalan di pintu masuk dan sempadan selain kawasan berisiko tinggi. Selain tentera, kita juga dapatkan bantuan RELA seramai 1,462 anggota dan kira-kira 3,000 APM. Satu jawatankuasa dikendalikan polis, akan berbincang dari masa ke masa untuk penambahan anggota RELA," katanya.
Beliau berkata selain itu, anggota polis dibantu ATM dan pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau majlis daerah akan berada di lokasi orang ramai dilihat masih gagal mematuhi PKP seperti di pasar pagi dan pasar raya seluruh negara.
"Kita dimaklumkan, masih ada pelanggan yang bersesak-sesak untuk membeli barang keperluan. Social distancing (jarakan sosial) satu meter tidak dipatuhi. Saya faham pengguna perlu mendapatkan keperluan harian, tapi tolong renggangkan (jarak antara pelanggan lain)," katanya.
Mengenai jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan ijtimak di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, Ismail berkata polis telah berjaya mengesan hampir 9,000 individu setakat ini, dan mereka serta ahli keluarga masing-masing, diminta tampil membuat pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan.
Nasihat yang sama turut ditujukan kepada jemaah tabligh yang bukan warganegara Malaysia untuk menjalani saringan kesihatan di pusat kesihatan berdekatan bagi mengetahui status terkini kesihatan mereka, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 22 2020
Langkah itu perlu kerana tempat-tempat seperti pasar pagi dan pasar raya masih sesak walaupun perintah itu berkuatkuasa. - Foto Bernama
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
Kementerian Pertahanan garis lima fokus perkasa ATM
Kementerian Pertahanan menggariskan lima strategi tahun ini bagi memperkasakan hala tuju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran.
Keprihatinan Agong pembakar semangat pertahan kedaulatan negara - Panglima ATM
Keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda menjadi pendorong seluruh ATM berusaha memacu kecemerlangan angkatan tentera demi nusa dan bangsa.