Jabatan Bomba dan Penyelamat membenarkan 20 peratus daripada lebih 14,000 pegawai dan anggota bomba di seluruh negara bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata seperti tahun terdahulu, anggota selebihnya akan bertugas pada musim perayaan ini berdasarkan syif kerja ditetapkan.
"Seperti kebiasaan JPBM tidak berikan cuti lebih daripada 20 peratus, bermakna pegawai dan anggota yang telah bercuti tahun lepas tak boleh bercuti tahun ini. Kita sudah tetapkan begitu juga di balai operasi di mana setiap kakitangannya adalah mencukupi untuk bertugas pada perayaan nanti.
"Kami juga akan mengadakan rondaan di lokasi-lokasi tertentu selain mempergiatkan lebih banyak kempen tentang keselamatan terutama sekali berkenaan kebakaran sempena musim perayaan ini," katanya selepas ditemui pemberita pada sidang forum media 'Smart Home, Safe Home' di sini hari ini.
Mohammad Hamdan berkata pegawai kanan yang pulang bercuti di kawasan kampung halaman masing-masing juga perlu singgah ke balai bomba terdekat bagi memberikan motivasi buat anggota yang bertugas selain menyemarakkan suasana perayaan.
Dalam perkembangan lain, Hamdan turut mengulas mengenai sejumlah 495 daripada 1,267 pusat tahfiz berdaftar seluruh negara yang didapati tidak menepati kriteria ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta berdepan risiko kebakaran seperti dilaporkan April lalu.
"Kami belum ada maklumat sama ada kesemua 495 pusat tahfiz yang berdepan risiko kebakaran itu telah kembali mematuhi kriteria ditetapkan tapi saya percaya proses itu sedang berjalan kerana mereka sedar ia sesuatu yang amat penting untuk dititik beratkan," katanya.
Kesemua 495 pusat tahfiz terlibat telah diberikan notis selama tiga bulan bagi mematuhi kriteria ditetapkan jabatan itu.
Pemeriksaan yang dilakukan mendapati hanya 772 pusat tahfiz menepati kriteria ditetapkan termasuk seperti menyediakan laluan bagi memudahkan pelajar menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran, penyediaan pintu kecemasan dan memastikan tempat memasak adalah berasingan dengan asrama pelajar.
Bernama
Thu May 09 2019
Mohamad Hamdan (kiri) mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Zakri Khir (kanan) ketika Forum Media 'Smart Home, Safe Home' di Kuala Lumpur, 9 Mei 2019. --fotoBERNAMA
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya