awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 35 daripada 200 ribu kenderaan e-hailing jalani pemeriksaan Puspakom

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
14/04/2019
06:52 MYT
Hanya 35 daripada 200 ribu kenderaan e-hailing jalani pemeriksaan Puspakom
Pemandu e-haling dinasihatkan agar segera menjalani pemeriksaan di Puspakom bagi mengelak sebarang masalah seperti tidak mendapat kelulusan dalam masa yang ditetapkan. - Gambar fail
Hanya 35 daripada 200,000 kenderaan e-hailing menjalani pemeriksaan Puspakom setakat 10 April lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail.
Mohammed Shukur berkata, jumlah kenderaan e-haling yang hadir untuk pemeriksaan ini adalah sangat rendah berbanding dengan jumlah yang dilaporkan.
Justeru, beliau menyeru pemandu e-haling agar segera menjalani pemeriksaan di Puspakom bagi mengelak sebarang masalah seperti tidak mendapat kelulusan dalam masa yang ditetapkan.
"Ini bagi mengelak sebarang kesulitan seperti tidak mendapat kelulusan dalam tempoh yang ditetapkan atau kesesakan pada saat-saat akhir," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Puspakom katanya, telah melanjutkan waktu operasi kepada tujuh hari seminggu di 19 cawangan Puspakom terpilih untuk kemudahan pemandu kenderaan e-hailing.
Mohammed Shukor berkata mereka juga tidak perlu mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) terlebih dahulu sebelum membawa kenderaan menjalani pemeriksaan Puspakom.
Mohammed Shukor juga menasihatkan pemandu e-hailing agar tidak menggunakan orang tengah sebaliknya berurusan sendiri dengan Puspakom.
Katanya kadar bayaran yang dikenakan oleh Puspakom hanyalah 70 ringgit berbanding orang tengah yang jauh lebih tinggi.
Kerajaan akan mula menguatkuasakan peraturan tertentu bagi perkhidmatan e-hailing di negara ini bermula Julai ini.
Topic Berkaitan
#e-hailing
#kenderaan
#Kenderaan Perkhidmatan Awam
#Mohammed Shukor Ismail
#pemeriksaan
#pemeriksaan Puspakom
#Puspakom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan