Pembinaan loji hidrokuasa di Sarawak tidak akan jejaskan kawasan hutan negeri itu.
Sebaliknya, Sarawak sentiasa pastikan alam sekitar tidak jadi korban pembangunan.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berdasarkan kajian, hanya dua peratus daripada keluasan keseluruhan tanah di Sarawak digunakan untuk membangunkan semua projek loji hidrokuasa.
"Kerajaan Sarawak melaksanakan pengurusan kelestarian hutan dengan baik sekali.
"Hari ini 63 peratus atau 7.8 juta hektar keluasan tanah di Sarawak terus diselimuti hutan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Forum Tenaga Diperbaharui dan Lestari (SAREF 2019) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.
Mengulas lanjut mengenai keseriusan Sarawak dalam menjaga hutannya, Abang Johari berkata, Sarawak komited menjadi sebahagian daripada inisiatif Jantung Borneo (HoB).
Ini dibuktikan dengan persetujuan Sarawak pada 2017 untuk menambah keluasan kawasan Jantung Borneo Sarawak daripada 2.1 juta hektar kepada 2.5 juta hektar.
Projek HoB merupakan inisiatif pembangunan mampan di kawasan persempadanan di kepulauan Borneo.
Ia dimeterai oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei pada 12 Februari 2017 di Bali Indonesia dengan slogan Tiga Negara Satu Pemuliharaan.
Keseluruhan keluasan HOB yang merangkumi Malaysia (Sarawak dan Sabah), Brunei dan Kalimantan, Indonesia, ialah sekitar 22 juta hektar.
Objektif projek HOB ini adalah bagi mengurus secara mampan kawasan sepanjang persempadanan ketiga-tiga buah negara bagi tujuan kesejahteraan sejagat dan pemeliharaan ekosistem.
Nazim Chee
Tue Dec 10 2019
SAREF 2019 jadi platform buat Sarawak berkongsi formula pembangunan loji tenaga tanpa mengorbankan alam sekitar - Foto Astro AWANI
Cuaca panas: Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM
Semua institusi pendidikan diminta memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan semasa cuaca panas.
Agong mahu perhatian dan peruntukan saksama di semua negeri, kawal penghijrahan ke ibu kota
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.
'Lamb shank' percik nasi 'Calcutta' gamit penggemar daging kambing
Cubaan dua rakan memperkenalkan menu lamb shank percik di Bazar Ramadan Stadium Perak membuahkan hasil apabila mendapat sambutan dan laris dijual sejak hari pertama penjualannya.
Permohonan undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun
Selepas selesai urusan meminda Perlembagaan Persekutuan, status permohonan berhubung undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun.
KDN beri hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara
KDN sudah memberi hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara dan angka itu yang paling tinggi setakat ini.
Setakat 7 Mac tahun ini, semua permohonan sudah selesai - Saifuddin
Anak-anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia akan mendapat kewarganegaraan secara automatik dan bukan lagi secara pendaftaran sebaik pindaan Perlembagaan selesai.
Isu stoking: Pemimpin politik perlu jadi pembina jambatan selesaikan isu sensitif - Anthony Loke
Pemimpin parti politik seharusnya menjadi 'pembina jambatan' dalam mengeratkan semangat perpaduan di negara ini.
Tom dan Fuad Rahman umum nama anak
Pasangan selebriti Tom dan Fuad Rahman melahirkan rasa syukur apabila selesai mendaftarkan nama anak perempuan mereka.
Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Namun begitu, pengguna media sosial belum berpuas hati dengan video terbaharu itu, dengan ramai mempersoalkan mengapa ia kelihatan sangat kabur.
Stokin kalimah Allah: Yang di-Pertuan Agong murka, titah tindakan paling keras
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Abang Johari nafi anaknya mahu ambil alih MYAirline
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menafikan laporan sebuah akhbar yang mengaitkan anaknya, Abang Abdillah Izzarim, sebagai bakal pelabur baharu MyAirline Sdn Bhd (MYAirline).
Sarawak komited ke arah ekonomi digital - Abang Jo
Kerajaan negeri komited dalam mencapai matlamat ke arah penggunaan ekonomi digital, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak tawar tapak pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia
Kerajaan Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menawarkan tapak bagi lokasi membangunkan pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia di negeri itu.
Bantuan Aidilfitri, bonus penjawat awam Sarawak hanya pada hujung tahun - Abang Jo
Kerajaan Sarawak hanya akan memberikan bantuan kewangan atau bonus kepada penjawat awam negeri itu pada hujung tahun, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak tunggu lesen untuk mulakan operasi syarikat penerbangan butik
Sarawak sedang menunggu kelulusan lesen daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi membolehkan syarikat penerbangan komersil milik penuh kerajaan negeri itu
Tujuh pos sempadan PGA baharu di Sarawak akan dimuktamad - Acryl Sani
Tujuh lokasi pos kawalan sempadan baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Sarawak serah pada PM tentukan bila PRU15 sesuai diadakan - Abang Johari
Sarawak tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengadakan pilihan raya sekiranya Parlimen dibubarkan, kata Premier Sarawak.
Belawai mampu jadi seperti Hawaii - Premier Sarawak
Belawai, sebuah penempatan pesisiran pantai di bahagian tengah Sarawak boleh dibangunkan sebagai lokasi pelancongan yang dapat menandingi pusat pelancongan luar negara, seperti Hawaii.
Buka sempadan: Sarawak akan umumkan SOP berkaitan dalam waktu terdekat
JPBN Sarawak akan mengumumkan beberapa perkara berhubung peralihan Fasa Endemik dan pembukaan sempadan dalam waktu terdekat.