awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya empat hari! Dua dewan MAEPS sudah bertukar jadi pusat rawatan COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2020
11:01 MYT
Hanya empat hari! Dua dewan MAEPS sudah bertukar jadi pusat rawatan COVID-19
Ketua Pegawai Operasi MAEPS Norafizah Rahman berkata pihaknya memang sudah mahir untuk mentransformasi dewan-dewan di bawah pengurusannya ini berdasarkan acara, seperti konsert dan pemeran automotif. - BERNAMA
Hanya dalam tempoh empat hari, dua dewan kosong berjaya diubah menjadi pusat rawatan serba lengkap.
Itu pencapaian yang direkodkan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dalam usaha bersama demi memerangi penularan COVID-19.
Apa yang lebih membanggakan, dewan berkenaan berjaya diubah sebagai pusat rawatan ketika PKP dikuatkuasakan.
Dua buah dewan yang masing-masing berukuran 9,600 meter persegi dan 3,600 meter persegi kini siap sedia dijadikan sebagai pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 yang mempunyai simptom ringan atau tidak mempunyai simptom.
Ia boleh memuatkan 604 pesakit pada satu-satu masa.
Dalam satu kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan pusat ini bakal menempatkan pesakit dari Lembah Kelang, Perak dan Negeri Sembilan.
Sementara itu, dalam satu artikel yang diterbitkan portal Twentytwo13, Ketua Pegawai Operasi MAEPS Norafizah Rahman berkata pihaknya memang sudah mahir untuk mentransformasi dewan-dewan di bawah pengurusannya ini berdasarkan acara, seperti konsert dan pemeran automotif.
Tetapi beliau tidak menyangka, pihaknya berupaya untuk mengubahkan ruangan ini kepada pusat rawatan hanya dalam tempoh empat hari.
View this post on Instagram
I am proud to be part of this historical project... MAEPS is the 1st exhibition venue to become makeshift hospital for COVID-19... #stayhome #staysafe #MAEPS #covid_19
A post shared by Norafizah Rahman (@norafizah28) on
Mar 30, 2020 at 8:48am PDT
Topic Berkaitan
#COVID-19
#konsert
#koronavirus
#Maeps
#Malaysia
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan