awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
Jabatan Kesihatan Kelantan perkasa program gaya hidup sihat sepanjang 2026
Lebih 20,000 rumah dibaik pulih sejak Projek Khas Perumahan Nelayan diperkenal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya kepujian BM diperlukan untuk sijil UEC masuk IPTA, tidak perlu Sejarah

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2018
14:25 MYT
Hanya kepujian BM diperlukan untuk sijil UEC masuk IPTA, tidak perlu Sejarah
Teo Nie Ching menegaskan sekali lagi, hanya kepujian Bahasa Malaysia diperlukan untuk pelajar sekolah menengah persendirian Cina yang mengambil Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk masuk ke institut pengajian tinggi awam (IPTA). - Gambar fail
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menegaskan sekali lagi, hanya kepujian Bahasa Malaysia diperlukan untuk pelajar sekolah menengah persendirian Cina yang mengambil Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk masuk ke institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Katanya, syarat kepujian Bahasa Malaysia itu tidak termasuk subjek Sejarah atau mata pelajaran lain.
"Sila rujuk manifesto PH, pelajar cuma perlu dapat kepujian Bahasa Melayu sebagai syarat untuk pelajar sekolah menengah persendirian Cina yang mengambil UEC untuk masuk IPTA.
"Subjek Sejarah tidak termasuk, hanya kepujian dalam Bahasa Melayu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata demikian ketika diminta mengulas status Facebook yang dimuat naik oleh Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menulis sijil UEC belum boleh diiktiraf kerana tidak selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sekali gus bercanggah dengan Akta Pelajaran.
Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, isu utama dalam pengiktirafan UEC ini ialah kurikulum Bahasa Malaysia dan Sejarah yang kini diguna pakai masih belum setara dengan kurikulum kebangsaan yang digunakan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Namun, Annuar berpandangan isu ini boleh diselesaikan kerana sekolah menengah persendirian Cina wujud secara sah di bawah Perlembagaan Negara.
Beliau mencadangkan tiga jalan penyelesaian berhubung kemelut ini iaitu, pengiktirafan bersyarat iaitu sijil UEC selain kepujian Bahasa Malaysia perlu juga lulus Sejarah dalam SPM, pengiktirafan sepenuhnya dengan Lembaga Peperiksaan dan Lembaga Sekolah Cina (Dong Zhong) serta membenarkan pelajar mengambil subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah dalam peperiksaan Julai.
Topic Berkaitan
#Cina
#ipta
#Malaysia
#Manifesto
#menteri
#Parlimen
#pelajar
#peperiksaan
#sekolah
#Sijil Pelajaran Malaysia
#Sijil Peperiksaan Bersepadu
#Teo Nie Ching
#UEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan