awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya nama Ahmad Zahid dipertimbang sebagai Pengerusi PAC

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/07/2018
08:21 MYT
Hanya nama Ahmad Zahid dipertimbang sebagai Pengerusi PAC
Lantikan jawatan Pengerusi PAC harus diselesaikan dalam sidang Dewan Rakyat dan hanya menunggu jawapan daripada Ahmad Zahid sendiri. - Gambar fail
Hanya nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahaja sedang dipertimbangkan kerajaan Pakatan Harapan untuk dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong memaklumkan lantikan Pengerusi PAC dari kalangan pembangkang adalah salah satu janji Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, lantikan itu perlu mendapat persetujuan Presiden UMNO itu sendiri.
"Buat masa ini hanya seorang pembangkang saja dicadangkan untuk jadi Ketua PAC, hanya nama Ahmad Zahid.
"Saya rasa ini satu janji Pakatan Harapan, kena tanyalah sama ada beliau (Zahid) nak jadi Ketua PAC atau tidak. Kalau Zahid tidak mahu, sia-sia saja," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Menurutnya, cadangan itu dikemukakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kerana ia terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.
"Bagaimanapun, kita harus selesaikan lantikan ini dalam sidang Dewan Rakyat sesi ini juga.
"Kita akan ada mesyuarat dengan pihak Parlimen," jelasnya.
Semalam, Kor Ming menggambarkan Ahmad Zahid akan dilantik sebagai Pengerusi PAC sebagai pelunasan manifesto tersebut.
BACA: Ahmad Zahid belum terima surat tawaran Pengerusi PAC
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Ketua Pembangkang
#Liew Vui Keong
#PAC
#Pakatan Harapan
#Pengerusi PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan