Tutup

Hanya Noor Hisham boleh keluar kenyataan rasmi berkenaan influenza - Dr Dzulkefly

Hanya Noor Hisham boleh keluar kenyataan rasmi berkenaan influenza - Dr Dzulkefly
DR DZULKEFLY: Situasi itu bagi mengelakkan tercetusnya perasaan panik daripada masyarakat yang menerima laporan daripada sumber selain Noor Hisham sendiri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebarang kenyataan rasmi mengenai perkembangan virus influenza hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, ia bagi mengelakkan tercetusnya perasaan panik daripada masyarakat yang menerima laporan daripada sumber selain Noor Hisham sendiri.
"Oleh kerana itu, hanya Datuk Dr Noor Hisham yang akan mengeluarkan kenyataan, saya yakin apa yang dikeluarkan bahagian ini sekali gus merangkumi dan menggarap seluruh perkembangan terkini dan kes dengan usaha kemaskini maklumat.

"Kita tidak mahu akhirnya nanti akan berlaku kekeliruan dan sebagainya. Oleh itu kita sangat berhati-hati dalam perkara ini, kita sedia maklum ia juga boleh mencetuskan rasa panik," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas melancarkan 'Antibiotic Fun Run 2020' di di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Ahad.

BACA: Influenza: Jangan panik, Terengganu terkawal - Exco

BACA: 
Influenza: Bekalan vaksin meningkat enam kali ganda - Dr Dzul


 
Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak dilaporkan terkilan apabila dihalang KKM daripada mengeluarkan kenyataan perkembangan terkini penularan influenza di negeri itu.

Alias menjelaskan, kes penularan influenza di negara ini bukanlah penyakit baharu yang perlu disorok.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, influenza bukanlah penyakit yang memerlukan notifikasi atau perlu diberitahu.

Jelasnya, sejak beberapa tahun lalu, ia bukan lagi yang perlu diberi makluman sekali gus senarionya agak sukar untuk dikemaskini.

Dr Dzulkefly turut meminta semua pemberi khidmat kesihatan tidak mengenakan caj terlalu tinggi untuk vaksin influenza.

Kementeriannya juga menggesa harga vaksin dijual dengan nilai berpatutan kerana tiada kawalan harga selain usaha semua pihak menjaga kepentingan masyarakat.


Tag: KKM, Exco, Kementerian Kesihatan, perubatan, influenza, caj



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.