Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hanya menerima satu aduan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri tahun ini, berbanding 10 aduan tahun lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata ini memberi gambaran positif bahawa peniaga sudah memahami objektif skim itu dan bersedia mematuhinya.
"Terima kasih kepada peniaga kerana memberikan kerjasama terhadap skim ini. Begitu juga dengan pengguna yang sama-sama membantu memantau harga dan memudahkan kita menjalankan tanggungjawab.
"Apabila ada persefahaman dan persepaduan, rakyat dapat hidup dengan sejahtera," katanya pada rumah terbuka Aidilfitri beliau di Taman Bukit Chedang hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Datuk Iskandar Halim Sulaiman dan Pengarah KPDNKK Negeri Sembilan Mohd Salleh Maamor.
Pemantauan harga 21 jenis barangan termasuk ayam segar, daging tempatan, daging import, telur ayam gred A,B dan C, tomato, kelapa dan bawang import disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri bermula dari 7 hingga 23 Julai ini.
Hasan berkata kementerian membincangkan dengan pelbagai pihak berkenaan sebelum melaksanakan sesuatu skim demi memanfaatkan pengguna dan peniaga.
Bernama
Sat Jul 18 2015
Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri bermula dari 7 hingga 23 Julai ini. - Gambar Fail
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
1MDB: Wang haram RM100,000 daripada Hasan Malek dilucut
Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berhubung penyiasatan 1MDB kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.
Selamat tinggal Isa Samad, selamat berjuang Syamsul Debat
Beliau merupakan salah seorang daripada 19 muka baharu di DUN yang dicalonkan BN pada PRU14.
Mohamad Hasan dan KJ kekal bertanding di kerusi sama, Isa Samad gugur
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama tiga penggal sejak 2004 pada PRU14.
Kombinasi calon lama dan baru jadi formula kemenangan BN
Formula keseimbangan itulah yang membuatkan BN mendapat sokongan daripada masyarakat di Kuala Pilah.
Kurang, hapus bayaran faedah kad kredit tidak bawa manfaat
Pengurangan atau penghapusan bayaran faedah akan menggalakkan tabiat perbelanjaan tidak berhemat dan kurang disiplin dalam kalangan pemegang kad kredit.
314 kes jenayah seksual kanak-kanak selesai kurang daripada 1 tahun
Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak telah menyelesaikan 314 kes sepanjang ia ditubuhkan pada Jun tahu lalu hingga Februari tahu ini.
Tiada alasan abaikan bahasa Melayu dalam program UMNO - Hasan
Pemimpin UMNO disaran memperkasa bahasa Melayu terutama dalam program bersama akar umbi termasuk 'Kembali ke sekolah'.
Bajet 2018 langkah teroka masa depan negara - Hasan
Pengumuman Bajet 2018 adalah langkah meneroka masa depan Malaysia dengan mengutamakan perpaduan nasional yang melangkaui kaum, agama dan bangsa.
Najib dan isteri hadiri persandingan anak Hasan Malek
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini menghadiri majlis persandingan anak lelaki anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek.
Hanya satu aduan skim kawalan harga Aidilfitri - Hasan Malek
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hanya menerima satu aduan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri tahun ini, berbanding 10 tahun lalu.