Harga runcit produk petroleum RON95 dan RON97 bagi minggu ini, bermula Khamis (18 Ogos) sehingga 23 Ogos mencatatkan kenaikan.

Berkuat kuasa tengah malam ini, harga RON95 mencatatkan kenaikan 3 sen kepada RM2.15, manakala RON97 naik 4 sen kepada RM2.43 seliter.

Sementara itu, diesel pula mencatatkan penurunan 2 sen, dari RM2.06 kepada RM2.04 seliter.

Harga runcit mingguan ini akan bermula tengah malam ini.