Harga petrol RON95, RON97 turun 1 sen untuk tempoh 12 hingga 18 Januari 2019 berkuat kuasa Jumaat malam, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

RON95 akan dijual pada RM1.92 seliter manakala RON97 pada RM2.22 seliter manakala diesel pula naik 1 sen kepada RM2.05 seliter.

Kedudukan harga petrol untuk tempoh seminggu

“Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji untuk melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

“Demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi," kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Tambah Guan Eng, penetapan had siling harga minyak itu adalah inisiatif kerajaan Persekutuan untuk melindungi golongan B40.