awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga RON95, RON97 naik 6 sen, diesel naik 5 sen

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2020
09:33 MYT
Harga RON95, RON97 naik 6 sen, diesel naik 5 sen
Kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia. - Gambar fail
Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.55 seliter kepada RM1.61 seliter, manakala harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.25 seliter kepada RM1.31 seliter.
Sementara itu harga runcit diesel naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.40 seliter kepada RM1.45 seliter.
Harga runcit produk petroleum terbabit adalah bagi tempoh 16 Mei 2020 hingga 22 Mei 2020.
Menerusi kenyataan media Kementerian Kewangan pada Jumaat, kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.
Walaubagaimanapun, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Topic Berkaitan
#diesel
#harga minyak
#Kementerian Kewangan
#kerajaan
#minyak
#petrol
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan