Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Harga RON97 dan RON95 naik dua sen, diesel kekal

Harga RON97 dan RON95 naik dua sen, diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik dua sen kepada RM2.38 seliter, manakala RON95 naik dua sen kepada RM2.08 seliter sementara diesel kekal pada harga RM2.14 seliter. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen kepada RM2.38 seliter, manakala RON95 naik dua sen kepada RM2.08 seliter sementara diesel kekal pada harga RM2.14 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 28 Februari.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.08 dan RM2.14 seliter.
"Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.06 seliter manakala diesel berada pada paras yang sama RM2.14 seliter," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, harga runcit bagi petrol RON95 dinaikkan pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit bagi diesel dikekalkan pada harga RM2.14 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

"Namun apabila harga pasaran dunia naik dan demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel, melalui pemberian subsidi," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


Tag: Diesel, Petrol, RON95, RON97, Kementerian Kewangan, subsidi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.