Tutup

Harga RON97 naik 3 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga RON97 naik 3 sen, RON95 dan diesel kekal
Anggaran subsidi petroleum yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 14 Sept sehingga 20 Sept adalah berjumlah RM68.71 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik tiga sen kepada RM2.53 seliter, manakala harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa esok hingga 20 Sept.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pengekalan kedua-dua harga runcit RON95 dan diesel itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit petroleum selain mengurangkan kos sara hidup rakyat.
"Berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya masing-masing adalah RM2.23 seliter dan RM2.29 seliter.

"Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.20 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.26 seliter," menurut kenyataan itu.
Berdasarkan pengekalan harga runcit RON95 dan diesel itu, anggaran subsidi petroleum yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 14 Sept sehingga 20 Sept adalah berjumlah RM68.71 juta.


Tag: Diesel, Petrol, RON95, RON97, subsidi, Kementerian Kewangan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.