Tutup

Harga RON97, RON95, diesel kekal

Harga RON97, RON95, diesel kekal
Anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan dalam tempoh 7 Sept hingga 13 Sept adalah berjumlah RM52.61 juta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga runcit RON97, RON95, dan diesel kekal sama seperti minggu ini bagi tempoh 7 Sept hingga 13 Sept.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97, petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada RM2.50, RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh berkenaan.
"Anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan dalam tempoh 7 Sept hingga 13 Sept adalah berjumlah RM52.61 juta," menurut kenyataan itu.

Berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut sepatutnya RM2.20 dan RM2.26 seliter masing-masing.
Namun, harga runcit kedua-dua produk tersebut dikekalkan bagi tempoh berkenaan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat, jelas kenyataan itu.

-- BERNAMA

Tag: harga petrol, ron95, ron97, diesel


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.