Tutup

Harga RON97 turun 19 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga RON97 turun 19 sen, RON95 dan diesel kekal
Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 5 Okt 2019 sehingga 11 Okt 2019 adalah berjumlah RM101.52 juta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 19 sen kepada RM2.60 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 11 Okt.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.30 seliter dan RM2.34 seliter.
"Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.49 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.39 seliter.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 5 Okt 2019 sehingga 11 Okt 2019 adalah berjumlah RM101.52 juta.

-- BERNAMA


Tag: harga petrol, ron95, ron97, diesel



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.