awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
Serangan AS ke atas Venezuela cetus duluan berbahaya - Ketua PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga runcit bahan api secara mingguan adil kepada pengguna, industri

Bernama
Bernama
14/12/2017
08:53 MYT
Harga runcit bahan api secara mingguan adil kepada pengguna, industri
Kenaikan harga jualan petrol RON95 berlaku sebanyak 20 kali dengan nilai keseluruhan RM0.82 manakala penurunan harga berlaku 15 kali dengan nilai keseluruhan sebanyak RM0.87. - Gambar fail Reuters
Dewan Negara diberitahu hari ini bahawa penetapan harga runcit petrol dan diesel secara mingguan merupakan mekanisme yang memberi kesan segera selain adil kepada pengguna serta industri,
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong berkata sejak pelaksanaannya pada Mac lepas dengan pengumuman harga dibuat pada setiap Rabu, harga jualan runcit petrol RON95 lebih rendah sebanyak RM0.05.
Kenaikan harga jualan petrol RON95 berlaku sebanyak 20 kali dengan nilai keseluruhan RM0.82 manakala penurunan harga berlaku 15 kali dengan nilai keseluruhan sebanyak RM0.87.
"Penetapan secara harga mingguan melibatkan perubahan harga yang lebih pendek iaitu tujuh hari dan harga runcit ditetapkan adalah lebih hampir kepada kos petroleum berkenaan," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Megat Zulkarnain bertanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sama ada mekanisme penentuan harga minyak petrol dan diesel secara mingguan berkesan terhadap pengguna sedangkan perbandingan harga menyaksikan lebih banyak kenaikan daripada penurunan.
Dalam pada itu, Henry berkata cadangan untuk memberikan subsidi bagi harga minyak petrol dan diesel secara pukal perlu diteliti implikasinya agar bantuan diberikan kerajaan itu benar-benar membantu mereka yang memerlukan.
"Penduduk Malaysia menggunakan hampir dua bilion liter petrol dan diesel sebulan. Sekiranya subsidi 50 sen diberikan bagi setiap liter, kerajaan akan menanggung belanja RM1 bilion sebulan atau RM12 bilion setahun.
"Namun, perlu diingat bahawa penggunaan petrol dan diesel oleh setiap orang adalah berbeza, misalnya mereka yang berkemampuan menggunakan kereta besar sekali isi petrol mungkin mencecah 30 liter dengan subsidi RM15, manakala mereka yang menaiki motor mungkin hanya menggunakan 30 liter sebulan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Harga runcit
#Henry Sum Agong
#KPDNKK
#petrol diesel
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan