awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga runcit RON97 naik 7 sen, RON95 dan diesel kekal

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/03/2019
09:00 MYT
Harga runcit RON97 naik 7 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 7 sen seliter iaitu daripada RM2.54 seliter kepada RM2.61 seliter, RON95 dan diesel kekal. - REUTERS/Vincent Kessler
Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Mac 2019.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun harga runcit bagi RON97 naik sebanyak 7 sen seliter daripada RM2.54 seliter kepada RM2.61 seliter, bagi tempoh yang sama.
“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 23 Mac 2019 sehingga 29 Mac 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.31 seliter dan RM2.38 seliter masing-masing.
“Namun, harga runcit produk petroleum RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berikutan keputusan Kerajaan untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan beban kewangan rakyat,” kata kementerian tersebut menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#diesel
#Kementerian Kewangan
#petrol
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan