Sambutan Hari Belia Negara tahun ini akan menggabungkan campuran program fizikal dan secara maya yang dipecahkan kepada lima kluster.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk M Noor Azman Taib berkata, kelima-lima kluster kepimpinan, ekonomi, sukan dan kecergasan, sosial serta pertandingan.
Menurut beliau, sebanyak 17 aktiviti yang telah dan akan dianjurkan secara maya, termasuk program “HBN20 e-Sports Challenge” dan “Suara Lit (Kisah Belia Berjaya).
"Bagi program secara fizikal akan berlangsung bersempena Sambutan Hari Belia Negara di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru pada 15 Ogos dan terbahagi kepada dua acara utama iaitu Konvensyen Belia dan Anugerah Perdana Belia Negara.
"Sejurus selesai sambutan Hari Belia Negara 2020, akan disusuli sambutan Hari Belia di peringkat negeri pula.
"Kementerian sentiasa komited untuk memperkasakan agenda pembangungan belia dan menghargai peranan serta sumbangan belia kepada negara," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, M Noor Azman berkata, KBS juga akan terus menawarkan peluang dan berusaha demi pemerkasaan belia melalui insiatif rentas Kementerian seperti Skim Perantisan Nasional, MyGIG dan penubuhan Platform Maklumat - Single Landing Page.
Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan belia di negara ini.
Bagaimanapun, untuk tahun ini, Hari Belia Negara 2020 akan disambut pada 15 Ogos di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru dan dirasmikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tema tahun ini, 'Dekad Ini Dekad Anda' dipilih kerana bersesuaian dengan peranan dan
tanggungjawab belia dalam mencorak negara sehaluan dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Pemilihan tajuk itu juga membawa semangat belia Malaysia yang sentiasa teguh menghadapi cabaran dan dugaan bagi mencapai potensi maksimum demi melonjakkan negara.
Dalam pada itu, KBS turut mengumumkan logo rekaan pelajar Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Nur Syafiq Anuar telah dipilih untuk menjadi logo rasmi Hari Belia Negara 2020.
Jelas M Noor Azman, pemilihan dibuat berdasarkan konsep logo yang signifikan dengan bulan kemerdekaan dan sesuai dengan tema 'Dekad Ini Dekad Anda'.
Logo berkenaann bertemakan ketersediaan belia berhadapan isu global dan bermula sekarang yang bermaksud orang muda menjadi golongan terkehadapan dalam mencorak masa depan negara.
Astro Awani
Thu Aug 13 2020
Menurut M Noor Azman, sambutan Hari Belia Negara tahun ini akan menggabungkan campuran program fizikal dan secara maya yang dipecahkan kepada lima kluster.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.