Tarikh 30 Julai ini yang diumumkan Kerajaan Persekutuan sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah juga cuti umum yang diperuntukkan kepada para pekerja di sektor swasta menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.
Menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia hari ini, berdasarkan kepada peruntukan itu, para majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada para pekerja.
"Sehubungan itu, semua majikan dikehendaki memberitahu para pekerja mereka sama ada memilih tarikh 30 Julai ini sebagai hari cuti umum atau menggantikannya kepada tarikh lain.
"Sekiranya tiada penggantian dibuat dengan mana-mana hari lain, maka para pekerja yang bekerja pada tarikh itu layak menerima kadar gaji kerja pada cuti umum," katanya, sambil menambah bagi Sabah dan Sarawak, ia selaras dengan undang-undang negeri masing-masing.
Menurut kementerian itu, cuti yang diisytiharkan Kerajaan Persekutuan itu adalah di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951(Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagi Sabah dan Sarawak, ia selaras dengan undang-undang negeri masing-masing.
Bagi Pahang, Kerajaan Negeri itu telah mengumumkan tarikh 30 dan 31 Julai ini sebagai hari kelepasan bagi seluruh Pahang.
"Pengumuman ini dibuat bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah yang jatuh pada 30 Julai dan hari pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16," katanya.
Sehubungan itu, 31 Julai adalah cuti gantian kepada hari pertabalan Baginda.
"Bagaimanapun cuti ini boleh digantikan pada tarikh lain sebagaimana diperuntukkan oleh Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955," katanya.
Menurut kementerian itu, kenyataan ini dikeluarkan bagi menarik perhatian majikan sektor swasta berkaitan kewajipan mereka memberi cuti umum tambahan itu kepada para pekerja selain menggariskan hak para pekerja mendapat cuti umum bergaji bagi hari kelepasan berkenaan selaras dengan peruntukan perundangan perburuhan di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2019
Pengumuman ini dibuat bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah yang jatuh pada 30 Julai dan hari pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
'Saya tinggalkan satu mata dan satu telinga di Johor, jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma' - Agong
Sultan Ibrahim mengingatkan penduduk Johor bahawa Baginda akan senantiasa pulang ke Johor kerana itu adalah kampung Baginda.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.
Anwar merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara
Latihan ketenteraan yang dijalani Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah membentuk jati diri dan kewibawaan tinggi dalam diri Seri Paduka Baginda.
Keberangkatan balik yang dinanti - MB Pahang
Penduduk Pahang sentiasa menghitung hari kepulangan Al-Sultan Abdullah ke bumi Tok Gajah kerana kasihnya Seri Paduka terhadap rakyat tidak dapat disembunyikan.
Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal
Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki keperibadian sama.
Ribuan rakyat Pahang sambut keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah
Mereka yang datang dari serata daerah berkumpul di lokasi ditetapkan termasuk Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dibuka khusus kepada orang ramai.
#AgongKita: Demi penuhi hajat cucu, nenek gagahi datang rai kepulangan Al-Sultan Abdullah
#AgongKita: Demi penuhi hajat cucu, nenek gagahi datang rai kepulangan Al-Sultan Abdullah
PM Anwar menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Raja Permaisuri
Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut mendoakan Seri Paduka berdua dan paduka-paduka anakanda serta seluruh kerabat diraja diberikan keafiatan.