awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KTMB tawar tambang percuma, tren 24 jam sempena Thaipusam
Mainoo kekal di Old Trafford, kepercayaan Carrick ubah masa depan bintang muda United
Mat Sabu selar tindakan beberapa negara Islam sertai Perjanjian Abraham
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Sukan Negara berlangsung meriah di seluruh negara

Hakim Rahman, Khairunnisa Kasnoon, Israr Khalid, Syah Hairizal Kamalul Arifin, Nurulhana Ismail
Hakim Rahman, Khairunnisa Kasnoon, Israr Khalid, Syah Hairizal Kamalul Arifin, Nurulhana Ismail
10/10/2015
13:15 MYT
Hari Sukan Negara berlangsung meriah di seluruh negara
Hasil ilham Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Hari Sukan Negara adalah langkah pertama menjadikan Malaysia, sebuah negara bersukan. - Foto Bernama
Hari Sukan Negara yang buat julung kalinya dianjurkan secara besar-besaran hari ini menyaksikan hampir empat juta penyertaan rakyat Malaysia di seluruh negara, melepasi sasaran tiga juta Kementerian Belia dan Sukan.
Lebih 17 ribu aktiviti berlangsung sepanjang hari ini menerusi kepelbagaian aktiviti ikonik dan bukan ikonik yang dianjurkan sehingga ke peringkat daerah dan kampung.
Hasil ilham Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Hari Sukan Negara adalah langkah pertama menjadikan Malaysia, sebuah negara bersukan.
Antara aktiviti menarik yang dianjurkan sejak awal pagi tadi termasuklah pertandingan bola keranjang, wall climbing , bag jump, futsal, bola sepak jalanan, memanah, sepak raga dan banyak lagi.
Upacara perasmian berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Khairy Jamaluddin yang disaksikan ribuan peserta dan pelajar.
FOTO: Kemeriahan Hari Sukan Negara 2015
SEMENTARA ITU, kemeriahan Hari Sukan Negara turut dirasai di seluruh negara.
Di Perak, tujuh ribu anak muda bersama barisan kepimpinan negeri menyertai pelbagai acara di Kompleks Belia dan Sukan di Ipoh.
Di Pahang, Padang MPK Satu menjadi tumpuan lima ribu warga Kuantan.
Pelbagai aktiviti disediakan, dari kayuhan basikal sampailah pertandingan Mr Gym 1Malaysia.
Sementara di Kelantan, Sambutan luar jangka warga Cik Siti Wan Kembang terhadap Hari Sukan Negara yang berlangsung serentak di setiap pelusuk daerah.
Merentasi Laut China Selatan, luar biasa kemeriahan Hari Sukan Negara di Bumi Kenyalang.
20 ribu penduduk Sarawak memenuhi setiap acara yang dianjurkan di bandar-bandar utama.
Penang bridge challenge, crossfit challenge, strongman challenge, zumba dan juga kayak marathon antara pengisian Hari Sukan Negara buat warga Pulau Pinang. Aktiviti tertumpu di Stadium Negeri Batu Kawan.
Topic Berkaitan
#Hari Sukan Negara
#Khairy Jamaluddin
#Najib Razak
#sukan
#UiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan