awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu
Azizulhasni raih emas acara pecut elit Siri Trek ASEAN
Pelabuhan Tanjung Pelepas pecah rekod kendali 14 juta TEU pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Zoonosis Sedunia 2020: Orang ramai digesa bersama cegah jangkitan

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
06/07/2020
11:00 MYT
Hari Zoonosis Sedunia 2020: Orang ramai digesa bersama cegah jangkitan
Amalkan kebersihan kendiri yang tinggi dengan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih terutamanya selepas mengendalikan haiwan. -Gambar hiasan
Sempena sambutan Hari Zoonosis Sedunia 2020, Kementerian Kesihatan berharap penglibatan orang ramai dalam pencegahan penyakit-penyakit zoonosis dapat dipertingkatkan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berdasarkan data prevalens penyakit zoonosis dari tahun-tahun yang lepas, didapati terdapat penurunan kes penyakit-penyakit ini.
“Penyakit zoonosis adalah penyakit berjangkit yang berlaku antara haiwan dan manusia. Ia mempunyai hubungan rapat di antara manusia, haiwan serta persekitaran di mana manusia dan haiwan saling berinteraksi.
“Penyakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai patogen penyakit seperti virus, bakteria, kulat dan parasit. Setiap tahun dijangkakan satu daripada tiga orang di dunia akan dijangkiti penyakit zoonosis,” katanya.
Justeru orang ramai digesa untuk terus beri komitmen berterusan untuk mencegah, mengawal dan membasmikan penyakit-penyakit zoonosis.
1. Amalkan kebersihan kendiri yang tinggi dengan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih terutamanya selepas mengendalikan haiwan.
2. Lindungi diri anda untuk mencegah daripada digigit oleh nyamuk, pinjat dan kutu.
3. Elakkan dari digigit atau dicakar oleh haiwan.
4. Simpan, masak dan kendalikan makanan dengan cara yang betul dan selamat. Pastikan daging atau bahan mentah yang lain dimasak secukupnya sebelum dimakan.
5. Pastikan aktiviti riadah atau rekreasi dilakukan di tempat yang diselenggara dengan baik serta dalam keadaan yang bersih.
Jelas Dr Noor Hisham lagi, amalan kebersihan kendiri yang tinggi dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara inni sememangnya telah menyumbang kepada penurunan kes penyakit zoonosis seperti Leptospirosis, Rabies, Brucellosis, Japanese Encephalitis, Q Fever dan Malaria Knowlesi.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
#haiwan
#Hari Zoonosis Sedunia
#Ketua Pengarah Kesihatan
#penyakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan