awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya kian terancam angkara jerat

Ain Najhan
Ain Najhan
28/03/2019
08:01 MYT
Harimau Malaya kian terancam angkara jerat
Harimau Malaya sangat terancam disebabkan pemburuan haram dan populasinya hanya tinggal sekitar 200 ekor. Foto Bernama
SEDARKAH kita bahawa Harimau Malaya yang menjadi simbol kebanggaan negara kian diancam kepupusan angkara perbuatan manusia sendiri.
Menteri Air, Tanah & Sumber Asli Dr. Xavier Jayakumar mendedahkan, sehingga kini, hanya tinggal sekitar 200 ekor harimau yang dikenal pasti jumlahnya menerusi Survei Harimau Kebangsaan Pertama yang menjalankan pemerhatian di 75 peratus hutan di Semenanjung Malaysia.
Menurut beliau, Harimau Malaya kian pupus kerana aktiviti pemburuan haram yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran gelap di China dan Vietnam.
“Cara harimau di Malaysia ditangkap ialah melalui jerat yang boleh dibeli di kedai hardware yang berharga RM25.
“Dalam tempoh lima tahun sehingga sekarang, kita telah mengumpulkan sebanyak 3,500 jerat di serata hutan,” kata Xavier.
Pendedahan ini diperoleh hasil penemuan jerat yang juga senjata utama diperbuat daripada dawai besi yang dipasang pemburu haram di kawasan laluan Harimau Malaya ini dijumpai.
BACA: Percaya atau tidak, Harimau Malaya kini hanya tinggal 200 ekor sahaja
Sekiranya terperangkap jerat, karnivor ini amat sukar meloloskan diri kerana jerat ini akan menjadi lebih ketat sehingga membawa maut dan hanya akan terlepas dengan tangannya digigit sehingga putus.
Hasil daripada tangkapan haram itu, segenap organ haiwan akan diproses menjadi trofi dan tangkal seperti tulang, darah, organ seks, kulit dan gigi termasuk dagingnya yang dijadikan sebagai hidangan eksotik.
Sehubungan itu, Xavier berkata, pihak kerajaan dalam perbincangan untuk meningkatkan jumlah denda yang dikenakan sehingga RM 1 juta dan 10 tahun penjara bagi membendung masalah ini.
Berikut adalah kadar denda terhadap pesalah yang menjalankan pemburuan haram.
Berikut adalah kadar denda terhadap pesalah yang menjalankan pemburuan haram.
Harimau Malaya atau Panthera tigris jacksoni merupakanb satu daripada enam sub spesies harimau di dunia yang hanya wujud di hutan belantara Semanjung Malaysia.
Pak belang ini dikenali sebagai Harimau Malaya kerana spesies ini hanya terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja.
Pak belang ini dikenali sebagai Harimau Malaya kerana spesies ini hanya terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja.
Untuk rekod, ‘raja rimba’ ini wujud lebih 3000 ekor harimau sekitar 1950- an dan kini disenaraikan di bawah Senarai Merah IUCN sebagai haiwan yang sangat terancam.
Topic Berkaitan
#China
#Harimau Malaysia
#Malaysia
#SaveBelangTogether
#Semanjung Malaysia
#Survei Harimau Kebangsaan Pertama
#Vietnam
#Xavier Jayakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan