awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hashtag #MyviFamilia jadi ruang netizen kongsi kemarahan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
04/05/2015
03:47 MYT
Hashtag #MyviFamilia jadi ruang netizen kongsi kemarahan
Antara hashtag yang kini paling popular di laman sosial adalah #MyviFamilia.
Tragedi kemalangan maut di Lebuhraya Duke dua hari lepas sememangnya mengundang kemarahan ramai. Banyak hashtag popular diwujudkan di laman sosial untuk menzahirkan perasaan tidak puas hati tersebut.
Antara yang mendapat sambutan adalah hashtag #MyviFamilia, merujuk kepada Familia MyVi Club, di mana dua kereta MyVi yang menjadi penyebab kemalangan tersebut didaftarkan sebagai ahli kelab berkenaan.
Seorang pengguna Twitter, Shae, menggunakan hashtag tersebut untuk mempersoalkan sikap sesetengah ahli kumpulan itu yang mempertahankan rakan mereka yang melakukan jenayah. Shae bagaimanapun tidak menyalahkan kelab itu atas kemalangan berkenaan.
We dont blame on #MyviFamilia for this case But when they start to backup the killer Who wouldnt mad at them?
— SHAE (@far_rizk) May 3, 2015
Akmal Farhan Firdaus pula meluahkan pendapatnya dengan mengatakan bukan kelajuan yang membunuh, sebaliknya sikap pemandu sendiri.
It's not about speed, it's about attitude. Speed doesn't kill, idiot does.. #MyviFamilia
— AkmalFarhanFirdaus (@wraith88) May 3, 2015
Seorang pengguna dengan nama Carlos pula kesal apabila kemalangan ini memberi kesan dan imej buruk terhadap pemandu MyVi.
I dont blame myvi drivers for this worst accident, these 6 idiots are making these myvi drivers look bad #MyviFamilia
— CARLOS (@adamamiruladam) May 3, 2015
Hafizi Johan pula agak sarkastik apabila meminta agar produksi filem Fast & Furious menggunakan MyVi sebagai salah satu jenama kereta dalam siri filem blockbuster itu yang akan datang.
For next Fast And Furious series, I really hope that Myvi car can be used in the movie. #MyviFamilia #supportkeretatempatan
— HFZJHN (@HafiziJohan) May 2, 2015
Fast7Quotes pula memuat naik sekeping gambar Vin Diesel, yang memegang watak Dominic dalam Fast & Furious, dengan ekspresi wajah yang agak melucukan.
When Dominic sees those group drive myvi like a lamborghini #MyviFamilia pic.twitter.com/p4h951NNyx
— Fast & Furious 7 (@Fast7Quotes) May 2, 2015
Tidak dapat dipastikan apa maksud tweet pengguna Twitter dengan nama Hazmyyy ini. Mungkin untuk menyatakan bahawa kereta jenama Proton, juga keluaran Malaysia, tidak kurang hebatnya.
Kereta lain lumba ok especially keta waja #MyviFamilia https://t.co/4K3nCyseLg
— Hazmyyy (@HazmyFauzury) May 2, 2015
Meet Nana pula memuat naik satu 'quote' untuk menggambarkan penyebab terjadinya sesuatu kemalangan.
"@Fast7Quotes: Dominic - " It's not about the ride, it's the rider " #MyviFamilia"
— Meet Nana (@meet_nana) May 3, 2015
BACA: Netizen luah rasa berang
Topic Berkaitan
#DUKE Highways
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan