awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor mahu masalah banjir ditangani secara tuntas
Perdagangan Malaysia–AS meningkat kepada RM325.2 bilion pada 2024, dipacu eksport E&E
Kes letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil siasatan kes nahas pesawat di Kudat akan didedahkan kepada umum: Hishammuddin

Bernama
Bernama
11/10/2013
00:56 MYT
Hasil siasatan kes nahas pesawat di Kudat akan didedahkan kepada umum: Hishammuddin
Hasil siasatan kes nahas pesawat Twin Otter MASWings yang terhempas di Kudat, Sabah akan didedahkan sepenuhnya kepada umum.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau sedang menunggu laporan terperinci mengenai kejadian itu daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines (MAS).
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas itu.
"Saya memberi jaminan kepada keluarga mangsa bahawa saya akan pastikan hasil siasatan ini akan didedahkan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau turut mendoakan kesemua mereka yang cedera pulih secepat mungkin.
Dalam kejadian pukul 2.50 petang, sebuah pesawat MASwing membawa 16 penumpang terhempas di Lapangan Terbang Kudat, Sabah menyebabkan pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96 maut, dan beberapa yang lain cedera.
Pesawat MH3002 itu dari Kota Kinabalu ke Kudat.
Keluarga penumpang pesawat itu diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Tun Hussein
#Jabatan Penerbangan Awam
#Kudat
#Malaysia Airlines
#Marc Joel Bansh
#Menteri Pengangkutan
#MH3002
#Tan Ah Chai
#Twin Otter MASWings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan