NATIONAL
Hasni mula tugas sebagai Menteri Besar Johor

Hasni tiba di pejabat pentadbiran kerajaan negeri berkenaan pada jam 8.30 pagi hari ini, 1 Mac, 2020. - Foto Astro AWANI
Datuk Hasni Mohammad memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor yang baharu dengan memasuki pejabatnya di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, pagi ini.
Beliau yang mengangkat sumpah memegang jawatan itu pada dua hari lalu, tiba di pejabat pentadbiran kerajaan negeri berkenaan pada jam 8.30 pagi.
Ketibaan Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk A Rahim Nin, selain kakitangan kerajaan di bangunan tersebut.
Hasni, 61 tahun, adalah pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami