awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat Annuar disambut baik - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
05/08/2017
07:42 MYT
Hasrat Annuar disambut baik - Ismail Sabri
Annuar mencadangkan kepada Presiden UMNO agar memberi peluang kepada pemimpin lain menjawat jawatan itu. - Gambar fail
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyambut baik hasrat Tan Sri Annuar Musa untuk tidak menyambung kontrak sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) selepas memegang jawatan itu lebih empat tahun.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia merupakan pengorbanan Annuar merangkap Ketua Penerangan UMNO demi menumpukan usaha kepada parti dalam memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"Saya menyambut baik sebab saya tahu tujuan Tan Sri Annuar untuk tidak menyambung kontrak sebab beliau hendak teruskan tugas membantu parti memenangi PRU.
"Kita tahu PRU sudah semakin hampir dan Tan Sri Annuar sibuk dengan parti, saya nampak Tan Sri pusing satu negara.
"Ini merupakan pengorbanan Tan Sri Annuar untuk memberikan tumpuan kepada parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Simpang Renggam, di sini hari ini.
Beliau turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Annuar selama berkhidmat dengan MARA, sekali gus telah memberikan sumbangan besar kepada MARA dan orang Melayu.
Semalam, Annuar yang ditemui pemberita selepas berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Kuala Berang, Terengganu dilaporkan berkata surat memohon pertimbangan agar pelantikan semula tidak disambung itu dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Rabu lalu.
Annuar mencadangkan kepada Presiden UMNO agar memberi peluang kepada pemimpin lain menjawat jawatan itu.
Anggota Parlimen Ketereh itu dilantik sebagai Pengerusi MARA pada 19 Julai 2013 dan disambung pada 12 Ogos 2015.
Bagaimanapun jawatan beliau digantung Januari lepas berikutan dakwaan isu penajaan bola sepak pasukan Kelantan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#bola sepak
#gantung
#ismail sabri yaakob
#kontrak
#Najib Razak
#pengerusi MARA
#pilihan raya umum
#PRU14
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan