awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat tonton wayang dari dalam kereta hampir tercapai, kerajaan benarkan 'drive-in cinema'

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/07/2020
07:50 MYT
Hasrat tonton wayang dari dalam kereta hampir tercapai, kerajaan benarkan 'drive-in cinema'
SOP yang perlu dipatuhi adalah penjualan makanan dibuat dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu (drive-thru). - Gambar hiasan/AP
Hasrat rakyat negara ini untuk menonton filem di dalam kenderaan hampir menjadi realiti apabila kerajaan hari ini membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk (drive-in cinema).
Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing.
Selain itu, SOP yang perlu dipatuhi adalah penjualan makanan dibuat dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu (drive-thru).
"Petugas Rela juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Jelas Ismail Sabri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti tersebut bagi rujukan semua operator yang terlibat.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Ismail Sabri
#keselamatan
#Pawagam drive-in
#PKPP
#SOP
#Wayang pandu masuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan