Hari Wartawan Nasional (Hawana) perlu dijadikan acara tahunan negara sebagai usaha mengiktiraf peranan pengamal media di Malaysia.
Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh berkata cadangan itu dibuat bagi menghargai usaha wartawan yang turut terlibat dalam pembangunan dan hala tuju negara.
"Diharap Hawana akan dijadikan acara media terpenting setiap tahun seperti profesion lain, memandangkan wartawan juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat melalui penulisan berita beretika.
"Malah penganjuran Hawana ini juga dapat mengangkat profesionalisme wartawan yang mempunyai majikan dan bekerja secara sepenuh masa untuk membela bangsa dan membina negara," katanya ketika berucap sempena Wacana Hari Wartawan Nasional di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berharap Hawana yang julung kali dianjurkan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha merealisasikan penubuhan Majlis Media Malaysia.
Katanya cadangan penubuhan badan itu telah lama diperjuangkan warga media tempatan, namun hingga kini masih belum menjadi kenyataan.
Badan itu dicadang antara lain bagi mengambil tindakan bagi kes-kes kecil melibatkan media jika aduan diterima, manakala bagi aduan lebih serius, ia dibawa ke mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 11 2018
Zulkefli Salleh (dua,kiri) beramah mesra bersama Ketua Dewan Kehormatan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) Pusat, Ilham Bintang (dua,kanan) Pengurus Pusat Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) Henry CH Bangun (tengah) sempena Hawana 2018. - Bernama
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Sesi wacana: Isham Jalil nyatakan hasrat 'berdepan' Tun Mahathir
"Bukan untuk berdebat atau berpolitik, tetapi untuk berwacana secara terbuka untuk bincang berkenaan dasar-dasar dan hala tuju negara secara ilmiah."
Debat Perdana: Misi hala tuju negara perlu dimula dengan kembalikan keyakinan rakyat - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, rakyat dilihat sudah mual dengan percaturan politik serta rencana pemunggahan kekayaan oleh elitis politik.
Indikator SDG: RMK-12 bawa hala tuju jelas
RMK-12 bersifat agak komprehensif dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang telah dan sedang dijajarkan.
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dilancarkan
WKB 2030 adalah kelangsungan kepada Wawasan 2020, tetapi mengambil kira keadaan semasa dan jangkaan keadaan yang akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Hawana iktiraf profesion kewartawanan
Hari Wartawan Nasional (Hawana) perlu dijadikan acara tahunan negara sebagai usaha mengiktiraf peranan pengamal media di Malaysia.
Wacana hala tuju negara pasca 2020 mulai tahun depan - Najib
Wacana itu diterajui oleh UMNO dan melibatkan banyak pihak termasuk masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan.