awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helah bungkusan hadiah buat pengurus rugi RM66,695

Bernama
Bernama
24/05/2020
04:00 MYT
Helah bungkusan hadiah buat pengurus rugi RM66,695
Mangsa berusia 27 tahun itu mendakwa membuat bayaran itu bagi mendapatkan bungkusan dari United Kingdom kiriman rakan wanita yang dikenalinya sejak 5 Mei lalu di Facebook. - Gambar fail
Teruja untuk menerima bungkusan hadiah berisi pelbagai barangan berjenama menyebabkan seorang pengurus menanggung kerugian RM66,695 selepas diperdaya sindiket Parcel Scam, sejak awal bulan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 27 tahun itu mendakwa membuat bayaran itu bagi mendapatkan bungkusan dari United Kingdom kiriman rakan wanita yang dikenalinya sejak 5 Mei lalu di Facebook.
"Suspek dikatakan menghantar kiriman itu sebagai hadiah persahabatan sebelum mereka bertemu pada hujung bulan Jun ini, memandangkan wanita terbabit mendakwa akan ke Malaysia bagi urusan kerja.
"Mangsa mendakwa bungkusan berisi komputer riba, minyak wangi, baju dan kasut berjenama serta wang tunai dihantar pada pertengahan bulan ini," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa dihubungi seorang lelaki pada Khamis lalu kononnya kakitangan syarikat penghantaran yang memaklumkan bungkusan itu mengalami masalah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana tidak menjelaskan cukai.
Suspek lelaki itu meminta mangsa untuk membuat bayaran cukai dan bayaran proses penghantaran yang dijelaskan mangsa menerusi transaksi pemindahan wang sebanyak tujuh kali ke akaun diberikan suspek.
"Mangsa hanya membuat semakan di internet mengenai nama syarikat penghantaran itu semalam dan mendapati terdapat aduan penipuan menyebabkan dia berasa ditipu oleh suspek wanita dan lelaki tersebut," katanya.
Mohd Wazir berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Ruan, Raub, semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balai Polis Sungai Ruan
#Facebook
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan