awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helah hadiah luar negara buat kerani rugi RM4,200

Bernama
Bernama
06/07/2019
02:44 MYT
Helah hadiah luar negara buat kerani rugi RM4,200
Mangsa memindahkan wang bagi bayaran itu ke dalam akaun yang diberikan suspek, namun curiga apabila diarahkan untuk membuat bayaran lain.
Teruja untuk menerima pelbagai barangan berjenama dari luar negara menyebabkan seorang kerani wanita syarikat insurans kerugian RM4,200 selepas ditipu 'kenalan' lelaki yang baru dikenali.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 24 tahun mendakwa barangan itu kiriman lelaki bernama James, kononnya warga Amerika Syarikat yang menetap di London.
Katanya, mereka berkenalan menerusi laman sosial pada 23 Jun lepas, dan hadiah itu adalah tanda penghargaan kerana mangsa sudi berkawan dengan dirinya.
"James dikatakan menghantar baju, kasut, telefon pintar dan barang kemas melalui kurier beberapa hari selepas mereka berkenalan sebelum mangsa menerima panggilan telefon kononnya daripada wakil syarikat penghantaran pada 27 Jun lalu.
"Suspek mendakwa barangan itu tidak dapat dihantar kerana sangkut di pejabat Kastam memandangkan bayaran duti masih belum dijelaskan," katanya kepada pemberita di sini.
Mohd Wazir berkata mangsa telah memindahkan wang bagi bayaran itu ke dalam akaun yang diberikan suspek, namun berasa curiga apabila diarahkan untuk membuat bayaran lain.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah
#mangsa
#polis
#scam
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan