Seorang warga emas kerugian RM27,500 selepas diperdayakan untuk membuat bayaran kad kredit tidak wujud yang kononnya didaftarkan atas namanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 63 tahun mendakwa dihubungi lelaki tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai pegawai bank pada 31 Mei lalu.
Katanya, suspek mendakwa mangsa yang menetap di Raub dekat sini, mempunyai kad kredit yang didaftarkan di cawangan bank di Johor Bharu, Johor dan telah digunakan.
"Mangsa menafikan perkara itu, namun dikatakan perlu berhubung dengan pegawai Bank Negara. Pada 4 Jun lalu, mangsa sekali lagi menerima panggilan terlefon daripada suspek memintanya untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
"Suspek mengarahkan mangsa untuk membuat transaksi pemindahan wang daripada dua akaun bank berbeza milik mangsa ke dalam akaun bank yang diberikan suspek," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa juga diarahkan untuk mengoyakkan resit transaksi pemindahan wang itu dan tidak memberitahu sesiapa berhubung panggilan telefon tersebut.
Bagaimanapun, mangsa berasa tertipu apabila mendapati wang simpanan di dua bank miliknya telah berkurangan sebanyak RM27,500 dan semakan mendapati wang itu dipindahkan ke dalam akaun baharu yang tidak diketahuinya.
Sehubungan itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pada kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang peniaga berusia 28 tahun membuat laporan di IPD Raub semalam, mendakwa ditipu syarikat pinjaman kewangan tidak wujud yang mengiklankan perkhidmatan di laman sosial.
Mangsa mendakwa dia menghubungi wakil syarikat itu menerusi nombor aplikasi WhatsApp pada Khamis lalu, kerana mahu meminjam RM40,000 dan diminta membayar RM240 bagi urusan penyediaan surat perjanjian.
"Suspek telah menghantar gambar surat kelulusan pinjaman dan menuntut pelbagai bayaran lain daripada mangsa yang akhirnya berjumlah RM9,990 namun sehingga kini, mangsa tidak pernah menerima wang yang dijanjikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2019
Mangsa yang berusia 63 tahun mendakwa dihubungi lelaki tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai pegawai bank pada 31 Mei lalu.
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
Layanan dwi-standard bukti keseimbangan dunia semakin sukar dicapai
Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UITM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, perkara itu berlaku disebabkan pertembungan ideologi yang berbeza antara banyak negara.
Misi Break the Siege of Gaza: Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula - FFC
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal terlibat yang dijadual pada 21 April ini hanya akan ditentukan berdasarkan situasi dan keadaan semasa.
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber
Sinergi yang baik daripada masyarakat untuk bersama membendung maksiat siber amat dituntut oleh JAKIM dan MCCA.
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.
KDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba cetus jenayah di Julau
Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.
Tiada kompromi kepada pegawai, anggota terlibat dalam kes salah laku, jenayah dan rasuah
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes salah laku, jenayah dan rasuah.
Wartawan portal rugi RM5,000 disamun dengan parang
"Mereka datang dari arah depan dengan memakai tapi keledar dan pelitup muka, sebelum berdiri di sebelah saya."
MCPF Selangor tawar RM20,000 kepada individu bantu tangkap pembunuh Zayn Rayyan
Ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha dalam memastikan suspek terlibat dalam kes itu dapat segera didakwa di mahkamah.