Tutup

Helah kunci bilik tak menjadi, lelaki ditahan dengan 85 bungkus air ketum

Helah kunci bilik tak menjadi, lelaki ditahan dengan 85 bungkus air ketum
Suspek yang juga penganggur itu ditahan bersama 85 bungkusan air ketum dalam biliknya. - PDRM
PASIR PUTEH: Tindakan seorang lelaki mengunci bilik bagi mengelak ditangkap gagal apabila dia akhirnya ditahan bersama 85 bungkusan air ketum.

Lelaki berusia 36 tahun itu berjaya ditangkap Pasukan Polis Marin (PPM) Tok Bali di Kampung Gelong Badak, Jelawat, Bachok, Rabu lalu.

Pegawai Memerintah PPM Tok Bali, Asisten Superintendan, Nik Ali Nik Mat berkata, serbuan dilakukan di rumah lelaki berkenaan, kira-kira jam 6 petang, hasil maklumat awam.

Katanya, ketika serbuan dilakukan lelaki penganggur itu bertindak mengunci bilik dan bersembunyi di bawah katil namun akhirnya menyerah diri.
"Pemeriksaan menjumpai satu tong plastik berwarna biru mengandungi 85 bungkus plastik berisi cecair berwarna perang dipercayai air ketum.

"Rampasan dianggarkan bernilai RM1,275 dan dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan," katanya dalam sidang media di Markas Taktikal Polis Marin Tok Bali, di sini, hari ini.
Katanya, lelaki itu dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, lelaki itu kini ditahan reman sehingga Sabtu (5 Oktober).

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Tag: polis, pdrm, suspek, polis marin tok bali, kampung gelong badak, air ketum



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.