Pesakit yang masih menyimpan produk ubat darah tinggi yang mengandungi bahan aktif losartan yang ditarik balik baru-baru ini dinasihat menghentikan pengambilan ubat berkenaan dan memulangkannya kembali kepada pembekal.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, pesakit yang sudah mengambil ubat tersebut bagi merawat tekanan darah tinggi tidak perlu panik dan segera memulangkannya untuk mendapatkan bekalan ubat yang baharu.
"Sekiranya pesakit yang masih ada ubat tersebut, harus pulangkan tetapi tak perlu panik, berhentikan ubat tersebut dan serahkan kepada pembekal.
"Untuk kementerian, kita telah tarik balik ubat tersebut sebelum ini. Sepatutnya, ikut rekod, tidak lagi ada ubat itu dalam pasaran kecuali mereka yang simpan stok lama," katanya.
Menurutnya, hanya beberapa jenama ubat mengandungi losartan yang ditarik balik akibat tercemar dengan bahan yang tidak diingini.
Pada 7 Mac lalu, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah menggantung pendaftaran tujuh produk ubat-ubatan yang dikesan mengandungi bahan aktif losartan.
Tindakan itu diambil setelah Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) mengeluarkan notis panggil balik ke atas tiga produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif dikeluarkan syarikat Hetero Lab Limited, India kerana kehadiran impuriti n-nitroso-n-methyl-4-aminobutyric acid (NMBA).
Impuriti ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada penguna dalam jangka masa panjang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat negeri Perak pada Sabtu.
Astro Awani
Sat Mar 30 2019
DR LEE: Sekiranya pesakit yang masih ada ubat tersebut, harus pulangkan tetapi tak perlu panik, berhentikan ubat tersebut dan serahkan kepada pembekal. -Gambar fail
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Henti ambil ubat darah tinggi yang ditarik balik - Dr Lee Boon Chye
Pesakit yang sudah mengambil ubat tersebut bagi merawat tekanan darah tinggi tidak perlu panik dan segera memulangkannya untuk mendapatkan bekalan ubat yang baharu.