Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis ke atas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan tindakan tepat.
Ia sepatutnya telah lama dilakukan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.
Katanya, selama ini Dr Mahathir sendiri yang memilih untuk membahayakan dirinya dengan pergi ke pelbagai tempat bercakap dan berucap perkara yang mengguris hati pihak tertentu.
"Saya rasa tidak kena untuk kita berikan dia escort untuk dia ke tempat-tempat untuk menentang kerajaan yang memberikan dia kemudahan ini.
"Jadi saya kira keputusan ini sudah lama patut dilakukan tetapi kita harapkan dia akan sedar bahawa perbuatan itu sebenarnya bukan atas kepentingan negara.
"Tapi kalau dia terus juga saya rasa sudah sampai masa...kita tidak mahu bertanggungjawab terhadap beliau kalau beliau yang meletakkan dirinya sendiri dalam bahaya.
"Dari segi logik, kenapa hendak bagi keistimewaan pada orang yang sebenarnya menentang kita balik?
"Kalau beliau pilih untuk hendak bertumbuk, kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa," katanya ketika ditemui media pada Program Merakyatkan Seni Budaya: Nilai Murni Gotong-Royong di Sekolah Kebangsaan Buntal, Pantai Damai, di sini.
Sebuah portal berita tempatan melaporkan baru-baru ini bahawa polis tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring ke atas Dr Mahathir berkuatkuasa 28 April lalu.
Menyentuh isu lain, Nazri menafikan dakwaan pihak pembangkang kononnya menteri persekutuan datang ke Sarawak menjanjikan pelbagai peruntukan hanya sebagai sogokan kepada rakyat untuk meraih undi bagi BN.
Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan berlangsung pada 7 Mei.
"Tidak ada peraturan dalam Akta SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kita yang menghalang kerajaan untuk terus melakukan apa-apa tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan," katanya.
Lagipun, katanya beliau bersama beberapa anggota jemaah menteri persekutuan yang lain tidak mempunyai kaitan atau bertanding dalam PRN-11 ini dan mereka hanya menjalankan tugas sebagai menteri persekutuan.
Nazri turut membidas kenyataan Naib Ketua UMNO Kota Raja, Hamidi Abu Bakar yang mendakwa tindakan beliau (Nazri) yang akan mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO sebagai membawa kepada 'malapetaka' terhadap parti.
"Dr Mahathir pernah nasihatkan kita, sebagai seorang doktor perubatan beliau berkata jika mana-mana bahagian badan ada kanser, anda perlu memotongnya," kata Nazri.
Bernama
Sun May 01 2016
NAZRI: Dari segi logik kenapa hendak bagi keistimewaan pada orang yang sebenarnya menentang kita balik?
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Henti perkhidmatan polis pengiring Mahathir tindakan tepat - Nazri
Menurut Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Dr Mahathir sendiri memilih untuk membahayakan dirinya dengan pergi ke pelbagai tempat bercakap dan berucap perkara yang mengguris hati pihak tertentu.