Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu penggunaan surat sokongan khususnya untuk urusan perniagaan daripada kerajaan diperhalusi dan sekiranya boleh, terus dihentikan bagi membendung salah guna kuasa dalam kalangan parti serta kakitangan kerajaan.
Serentak itu, Syed Saddiq Abdul Rahman turut meminta penjawat awam agar lebih berani untuk tidak menerima atau membuat sebarang sokongan yang melanggar perundangan.
"PM (Perdana Menteri) dah katakan kalau ada elemen salah guna kuasa atau perkara tersebut bertindih dengan undang-undang sedia ada, penjawat awam kena berani bersuara.
"Jangan terima perkara ini, kerana salah tetap salah, tambahan penjawat awam merupakan benteng kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di sini, pada Ahad.
Beliau diminta mengulas dakwaan berlaku skandal bazar Ramadan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang melibatkan pemimpin Pemuda PPBM .
Dalam skandal itu, pemimpin terbabit didakwa menyalahgunakan pengaruh politiknya bagi mendapatkan 80 tapak bazar Ramadan di Jalan Masjid India dan menyewakannya semula sehingga RM5,000 untuk satu lot bagi mengaut keuntungan keseluruhan kira-kira RM400,000.
Menurut Syed Saddiq beliau dimaklumkan kejadian itu berhubung kait dengan budaya surat sokongan dan oleh itu laporan polis telah dibuat oleh Biro Integriti Pemuda PPBM bagi memastikan siasatan secara mendalam dijalankan.
Ini seiring dengan ketegasan kerajaan baharu Pakatan Harapan untuk menghapuskan gejala rasuah dan penyelewengan kuasa di peringkat parti dan kerajaan.
"Kita hendak ia disiasat sampai ke lubang cacing. Kalau ada elemen penyelewengan dan salah guna kuasa, kita tidak akan mmpertahankan mereka yang berada di pihak yang salah," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 17 2018
Syed Saddiq turut meminta penjawat awam agar lebih berani untuk tidak menerima atau membuat sebarang sokongan yang melanggar perundangan. - Gambar fail
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Bekas menteri dijangka didakwa esok, Syed Saddiq akui akan hadir ke Mahkamah KL
Bekas menteri itu dijangka berhadapan dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Kesiksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.
Dakwaan hina Dr Mahathir, polis diminta siasat Lokman Noor Adam
Ketua Pemuda PH Kedah, Asmirul Anuar Aris mendakwa Lokman dalam satu hantaran video di laman Facebooknya telah menggunakan beberapa perkataan menghina serta fitnah.
Kepimpinan baharu MIC kembalikan keyakinan parti
Barisan kepimpinan baharu yang terdiri daripada rata-rata golongan muda dan berpendidikan disifatkan sebagai tanda positif kepada MIC.
Pertandingan Ketua Pemuda tidak timbulkan perpecahan - KJ
Pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti bulan depan tidak akan menimbulkan perpecahan di kalangan ahli parti.
Khairy sokong jawatan Ketua Pemuda Umno dipertandingkan
Khairy Jamaluddin berkata beliau menyokong sepenuhnya cadangan agar jawatan Ketua Pemuda Umno dipertandingkan.
Semua pemimpin pemuda perlu berdialog - Khairy
Khairy Jamaluddin menjemput barisan ketua pemuda daripada pakatan pembangkang untuk berdialog demi penyatuan nasional.