Bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz menyeru rakyat Malaysia supaya menghentikan laungan "ketuanan bangsa", yang beliau anggap merugikan dan tidak produktif kepada negara dan rakyat negara ini.
Ketuanan, katanya, mestilah selalu menjadi milik Malaysia sendiri dan bukan mana-mana kumpulan, kaum atau agama di kalangan rakyat.
Menulis di ruangan pertama beliau dalam akhbar The Sun pada Selasa, Rafidah berkata rakyat Malaysia hanya akan dihormati di peringkat global apabila dari kalangan mereka, bangkit warganya yang berkemampuan dan berkemahiran, dan prestasi dan pencapaiannya dianggap sangat baik ketika diukur oleh tanda aras dan standard global.
"Apabila ini berlaku mereka boleh berbangga membawa bendera Malaysia dan diiktiraf oleh dunia sebagai rakyat Malaysia yang berjaya," katanya yang dikenali sebagai Wanita Besi Malaysia kerana pendirian kuatnya mengenai isu-isu yang mempengaruhi negara .
Rafidah, yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selama 21 tahun hingga 2008, berkata Malaysia baharu yang muncul selepas kerajaan Pakatan Harapan berkuasa pada Mei yang menamatkan pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun, mestilah tidak berpihak dari segi jantina, warna kulit dan warisan kerana satu-satunya keutamaan adalah kebaikan untuk rakyat dan negara.
Warga Malaysia adalah rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan warisan. Itulah fakta yang tidak dapat dinafikan. Saya berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Saya yakin sesetengah rakyat Malaysia mesti merasa yang sama.
"Fajar Malaysia baharu membawa harapan dan aspirasi baharu, permulaan yang baharu. Negara kita sangat diberkati," menurut Rafidah dalam tulisannya.
Mengenai kerajaan baharu, beliau berkata: "Apa yang diperlukan ialah tadbir urus yang baik dan tadbir urus ekonomi oleh orang-orang yang rakyat Malaysia, telah meletakkan kepercayaan untuk memacu negara kita dengan jayanya melalui cabaran dan gelora dalam persekitaran yang sentiasa berubah dalam menuju abad yang akan datang dan masa depan yang masih jauh."
Rafidah juga menyifatkan pilihan raya umum pada 9 Mei sebagai hari apabila rakyat Malaysia telah menekan butang 'reset', yang menetapkan gerakan pelbagai proses dan langkah yang perlu diambil untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan yang betul.
"Harapan adalah tinggi, tetapi rakyat Malaysia mestilah bersikap realistik. Pembangunan tidak berlaku dalam ruang kosong. Polisi harus disesuaikan dan mampu memenuhi tuntutan dan situasi baharu.
"Kerajaan mesti mentadbir dan tidak membenarkan dirinya diganggu oleh tuntutan yang tidak realistik, mementingkan diri sendiri dan pihak tertentu," katanya.
Mengenai pendidikan, beliau menulis tentang perlunya pendidikan untuk semua dan penekanan harus terhadap keperluan dan pengiktirafan mestilah berasaskan kepada kecemerlangan dan meritokrasi terutama apabila mewajarkan sokongan dan pertimbangan khusus sementara anak muda Malaysia mesti menilai prestasi terhadap yang terbaik di peringkat global.
Beliau seterusnya merayu kepada rakyat Malaysia untuk menjalin hubungan yang membina dan mengukuhkan ketahanan negara dan mengelakkan perpecahan dan berpuak-puak kerana perkara ini boleh membawa kepada hakisan perpaduan.
Mereka sebaliknya harus berpegang kepada politik perpaduan dan pembangunan negara dan mengelakkan politik kemunafikan, katanya
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 23 2018
Rafidah merayu kepada rakyat Malaysia untuk menjalin hubungan yang membina dan mengukuhkan ketahanan negara dan mengelakkan perpecahan dan berpuak-puak kerana perkara ini boleh membawa kepada hakisan perpaduan. - Gambar fail
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Fokus mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti Inovasi & Teknologi, Taylor’s University, Prof.Madya Ts Datuk Dr. Husin Jazri berpendapat bahawa Kementerian Ekonomi Malaysia harus fokus cara untuk mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan penuh dikalangan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ini berjaya.
Operasi pembenihan awan Sabah dimulakan pagi tadi - Hajiji
Operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di Sabah telah dimulakan pagi ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Reman bekas setiausaha politik, ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dilanjutkan 3 hari
Tempoh reman ke atas seorang bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri dan seorang ahli politik bergelar Datuk Seri dilanjutkan tiga hari lagi.
Harta hanya akan disita jika ada kaitan dengan kesalahan yang disiasat - Jahaberdeen
Penyitaan sesuatu aset tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu melalui proses perundangan.
Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.
Bekas menteri Thailand tubuh parti baharu
Dua bekas pemimpin parti pemerintah Thailand - parti Palang Pracharath (PPRP) telah menubuhkan parti politik baharu - Sarng Anacot Thai, dan berikrar membantu memulihkan ekonomi negara.
Bekas menteri dijangka didakwa esok, Syed Saddiq akui akan hadir ke Mahkamah KL
Bekas menteri itu dijangka berhadapan dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Kesiksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.
Peter Anthony dikuarantin, perbicaraan ditangguh 3 Mei depan
Peguam Datuk D Senthinathan memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dikenakan perintah kuarantin selama 10 hari bermula 16 hingga 26 April.
Jenazah Aziz Shamsuddin selamat dikebumikan
Allahyarham Abdul Aziz yang pernah berkhidmat sebagai guru, meninggalkan isteri Puan Sri Rosmawati Abdul Ghaffar, dua anak lelaki serta dua anak perempuan.
Tan Sri Aziz Shamsuddin meninggal dunia
Allahyarham merupakan Menteri Pembangunan Wilayah dan Bandar pada 2004 sehingga 2008, Timbalan Pengerusi badan Perhubungan UMNO Perak serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Rasuah: Bekas setiausaha politik bekas menteri didakwa esok
Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri bakal didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok, berhubung kes rasuah melibatkan kira-kira RM5 juta berkaitan tender projek di sebuah kementerian.
Ahli Parlimen Batu Sapi, V K Liew meninggal dunia
Liew sebelum ini menerima rawatan di hospital tersebut kerana jangkitan kuman di paru-paru.