Masyarakat perlu memainkan peranan bagi mengembalikan "sikap peduli" ke dalam budaya dan adat kita untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental (MHC) tampil mendapatkan rawatan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata masyarakat boleh memulakan usaha itu dengan hentikan daripada melabel mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental sebagai 'gila', 'senteng', 'tiga suku' dan pelbagai istilah yang mengaibkan yang mendorong mereka menjauhi daripada mendapatkan bantuan dan rawatan.
"Pemencilan dan dibuang oleh keluarga dan rakan-rakan adalah perkara biasa. Keadaan ini memberi kesan buruk terhadap masyarakat kerana tiada siapa yang mahu membantu, tetapi sebaliknya semua orang mudah menilai, secara hipotesis.
"Kita mesti secara komuniti menangani cabaran kesihatan dan stigma yang menghantui mereka yang mengalami masalah kesihatan mental hari demi hari," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Pengalaman Kesihatan Mental 2019, di sini pada Selasa.
Dr Dzulkefly berkata penyelidikan menunjukkan tiga kecenderungan tertentu yang wujud terhadap mereka yang menghidap masalah itu, yang pertama adalah ketakutan dan penyisihan, yang kedua autoritarianisme dan kebaikan yang terdapat niat positif tetapi sebaliknya menyebabkan mereka yang menghidap cabaran mental dipinggirkan.
Untuk menangani cabaran ini, beliau berkata Kementerian Kesihatan telah menyediakan perkhidmatan kesihatan mental melalui empat institusi mental, 61 hospital, 25 Pusat Kesihatan Mental masyarakat (MENTARI), dan program penyaringan dan intervensi disediakan di 1,001 klinik kerajaan di seluruh negara.
Kementerian juga telah memperkenalkan dan melaksanakan program Komuniti Sinar Perkasa Negara (KOSPEN) serta latihan kesihatan mental sebagai sebahagian daripada program latihan pekerja, untuk memperkukuh lagi usaha yang dilakukan melalui program KOSPEN.
Dr Dzulkefly menambah untuk melenyapkan stigma ke atas mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, pendidikan adalah pendekatan terbaik kerana ia boleh bermula di mana-mana peringkat.
"Melalui pendidikan, kita dapat menyebarkan pemahaman yang lebih baik mengenai cabaran yang dihadapi oleh mereka yang menghidap masalah mental, memupuk sokongan yang diperlukan dan membendung diskriminasi dan pengabaian," katanya.
Masyarakat juga perlu mendekati mereka melalui penglibatan bagi melenyapkan stigma yang membelenggu mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2019
Untuk melenyapkan stigma ke atas mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, pendidikan adalah pendekatan terbaik kerana ia boleh bermula di mana-mana peringkat. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Hentikan melabel mereka yang hadapi masalah mental sebagai gila - Dr Dzulkefly
Masyarakat boleh memulakan usaha itu dengan hentikan daripada melabel mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental sebagai 'gila', 'senteng', 'tiga suku' dan pelbagai istilah yang mengaibkan.