Sebuah premis makanan diarah tutup selama 14 hari selepas menghidangkan mi segera berulat kepada pelanggannya pada Rabu.
Video berdurasi 58 saat itu memaparkan mi segera ayam goreng yang dipesan pelanggan mula tular di media sosial.
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata mengambil maklum tularan video tersebut, pemeriksaan bersama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah dilakukan.
“Tiada aduan rasmi diterima tetapi ia tular dalam media sosial dan pihak kami sedang menyiasat perkara ini.
“Pemeriksaan bersama Pejabat Kesihatan Manjung dan MPM dilakukan dan kedai diarah ditutup. Pemilik telah diberi salinan butiran yang perlu dilakukan mengenai tahap kebersihan kedai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.
Sementara itu pelanggan, Wan Mohd Amirul Wan Mohd Azam, 24, mahu videonya itu menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya memilih premis makanan yang bersih.
“Dalam jam 5 pagi itu, rakan pesan menu berkenaan dan dapati ayam dalam mi segera goreng yang dihidang itu berulat dipercayai sudah lama dimasak.
“Mujur kawan saya belum jamah lagi. Kami memaklumkan kepada pekerja terbabit dan mereka tidak mengenakan bayaran,” katanya.
Menurutnya, mereka kesal kerana premis terbabit tidak menitikberatkan aspek kebersihan hingga mengitar semula ayam goreng untuk hidangan panas lain.
“Tindakan (merakam video) saya itu bukan untuk memalukan tetapi dijadikan iktibar. Banyak berita mengenai kedai kotor dipaparkan tapi pengusaha seolah-olah tidak ambil pengajaran.
“Perkara seperti ini boleh dielakkan sekiranya aspek kebersihan diambil berat,” katanya.
Sinar Harian
Thu Nov 07 2019
Sebuah premis makanan diarah tutup selama 14 hari selepas menghidangkan mi segera berulat kepada pelanggannya. -Foto Sinar Harian
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Kebakaran bilik isolasi Hospital Slim River bukan punca tangki oksigen
Siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu sedang dijalankan pihak hospital dan bomba.
COVID-19: JKN Perak pastikan perkhidmatan pengurusan hospital dalam keadaan optimum
Ini termasuk penglibatan 14 hospital KKM dan 963 katil serta 81 katil ICU yang disediakan khusus untuk merawat pesakit COVID-19.
Laporan kawasan Chemor terdapat kes COVID-19 varian Afrika Selatan palsu
Mesej tular itu disebarkan dalam bentuk laporan kononnya disediakan Penghulu Mukim Ulu Kinta Kawasan Chemor bertarikh 15 Mei.
Vaksin: Anggota polis yang kononnya meninggal dunia, tidak alami gejala semasa disuntik
Anggota balai polis Gerik berusia lingkungan 50-an itu, menerima dos pertama pada 13 Mac lepas dan menerima dos kedua pada pukul 9 pagi semalam.
COVID-19: 96 pesakit di PKRC Arena Badminton Perak setakat ini
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Arena Badminton Perak yang dibuka mulai Sabtu lalu.
Hospital Teluk Intan terus beroperasi, terkawal
Dekontaminasi dua kali sehari dijalankan setiap hari di Jabatan Kecemasan HTI dan perkhidmatan kecemasan pula dijalankan sementara di ruang menunggu bersebelahan Unit Pesakit Luar.
Tiada wabak Leptospirosis di tiga kawasan rekreasi di Tapah
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, sehingga 22 Februari lalu, sebanyak dua kes disahkan Leptospirosis telah dilaporkan dari Daerah Batang Padang.
Hidang mi segera berulat, premis makanan diarah tutup
Video berdurasi 58 saat itu memaparkan mi segera ayam goreng yang dipesan pelanggan mula tular di media sosial.
Buruh asing maut: Minuman keras tiruan dipercayai punca keracunan
Lelaki Myanmar, dikenali sebagai Than Hta Young, dipercayai membeli minuman keras di Pusing, dekat sini, manakala warga Bangladesh yang belum dikenali, dipercayai membelinya di Menglembu.
Kantin HTAR dibenar beroperasi semula
Keputusan itu dibuat selepas Pejabat Kesihatan Daerah Klang membuat penilaian semula terhadap tahap kebersihan kantin HTAR dan meluluskan untuk pembukaan semula.