awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Putih Solidariti Baitulmaqdis di Masjid Putra

Bernama
Bernama
22/12/2017
05:32 MYT
Himpunan Putih Solidariti Baitulmaqdis di Masjid Putra
Seawal jam 10 pagi, orang ramai mula berjalan menuju Masjid Putra dari tempat parkir yang ditetapkan. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis bermula di Masjid Putra di sini, hari ini bagi menunjuk kesepakatan rakyat Malaysia dalam menentang usaha Amerika Syarikat menjadikan kota suci itu sebagai ibu negara Israel.
Himpunan itu akan disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Najib dijangka mengumumkan resolusi Malaysia berhubung isu Baitulmaqdis pada himpunan itu, yang turut dihadiri wakil dan anggota 250 pertubuhan bukan kerajaan tanpa mengira latar belakang, agama dan fahaman politik.
Seawal 10 pagi lagi, orang ramai mula berjalan menuju Masjid Putra dari tempat parkir yang ditetapkan.
Mereka dilihat berpakaian serba putih mengikut tema himpunan tersebut. Turut kelihatan ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Himpunan hari ini dimulakan pada 12 tengah hari tadi dengan forum khas Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis yang disertai enam anggota panel dengan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid bertindak sebagai moderator.
Ini disusuli khutbah khas yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan solat Jumaat.
Pada 6 Dis lepas, Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Jumaat mencatat undian 128 menyokong usul menolak keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Baitulmaqdis
#Himpunan Putih
#Malaysia
#Masjid Putra
#Najib Razak
#resolusi
#solidariti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan