Wakil pelbagai agama di negara ini hari ini menyuarakan mesej senada dan jelas menolak sebarang bentuk kebencian dan menyuburkan keamanan, pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka di sini.
Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata peristiwa hitam yang berlaku di New Zealand perlu dijadikan iktibar bagi seluruh rakyat menentang sebarang bentuk kebencian dan menyuburkan kedamaian.
Katanya, kedamaian merupakan kunci kepada kebahagian dalam kehidupan.
"Kita ingin kedamaian, inilah diajar dalam al-Quran, kedamaian merupakan kunci kebahagiaan dan hanya akan dapat diterjemahkan melalui kesatuan, apabila hati kita saling meraikan dan memahami, bagaimana kita berinteraksi dengan seluruh masyarakat," katanya.
Perhimpunan susulan tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu itu turut disertai ibu saudara Allahyarham Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terbunuh dalam kejadian yang mengorbankan 50 orang itu, sebagai wakil keluarga mangsa kejadian itu.
Para peserta, kebanyakannya mengenakan baju berwarna putih tanpa mengira kaum dan agama berarak dari pusat beli-belah Sogo, pada jam 7.45 pagi dan tiba di Dataran Merdeka sekitar jam 8.10 pagi.
Sementara itu wakil daripada Christian Federation of Malaysia, Julian Leow berkata perhimpunan yang disertai pelbagai kaum dan agama itu menghantar mesej jelas kepada seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia menolak keganasan serta kebencian.
"Hari ini kita beri mesej jelas kepada seluruh negara dan seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia berikrar untuk mengukuhkan tali persaudaraan dan persamaan dalam sebuah negara yang harmoni dan bersatu padu.
"Kita rakyat Malaysia sepatutnya bukan sahaja bersatu kekalkan keharmonian sedia ada bahkan harus kuatkan dan eratkan lagi tali persahabatan antara kita semua dan pastikan kedamaian berada dalam negara yang kita cintai ini," katanya.
Wakil daripada Malaysian Gurdwaras Council, Sardar Jagir Singh pula berkata keharmonian dan keamanan yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini harus dikekalkan buat selama-lamanya.
"Kami tolak keganasan dan kebencian, ingatlah bersatu kita teguh bercerai kita roboh," katanya.
Wakil daripada Bahai Community of Malaysia S Sanggita menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu padu dan menghapuskan segala prejudis antara agama dan bangsa.
"Sebagai sebuah negara, di Malaysia, kita berada dalam keadaan amat terkejut dan sukar untuk percaya betapa kejamnya perbuatan ini dan kehilangan begitu banyak nyawa yang tidak bersalah lapan hari lepas.
"Bagaimanapun, kita boleh menetapkan hasrat untuk membawa sinar harapan menerusi perkataan dan tindakan kita, dengan sama-sama berganding tangan, serta memperteguhkan dengan sepenuh hati persahabatan kita, seperti yang dapat disaksikan di Dataran Merdeka ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2019
Peserta perhimpunan termasuk ahli kenamaan mendengar bacaan doa oleh Iman Masjid Negara dan bertakafur di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 23 Mac, 2019. Foto Twitter/BERNAMA
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Pengganas Christchurch, New Zealand kemuka rayuan sabitan, hukuman
Pengganas yang menyerang jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand pada 2019 telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara seumur hidup.
Pasangan pengantin parah dalam nahas helikopter
Sebahagian daripada tetamu perkahwinan adalah individu yang terperangkap dalam serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019.
Filem berkaitan tragedi Christchurch dibantah komuniti Islam
Umat Islam di New Zealand membantah rancangan untuk menerbitkan filem berkaitan tragedi tembakan masjid di Christchurch pada tahun 2019.
Dua tahun serangan tembakan di masjid Christchruch, mangsa terus diingati
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut menyertai ratusan penduduk yang berkumpul di Christchurch Arena
18 nelayan diterbangkan dari Moscow ke N. Zealand, disahkan positif COVID-19
Menurut pihak berkuasa, seramai 235 nelayan dari Rusia dan Ukraine berada dalam peasawat yang disewa tiga syarikat perikanan.
Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah
Mereka yang memegang sepanduk berbentuk hati dan kata-kata semangat seperti 'kami sentiasa bersama anda' bersorak sambil melambaikan tangan di perkarangan mahkamah sebaik keputusan diumumkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 27 Ogos 2020.
Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Brenton Tarrant bakal menjalankan hukuman penjara seumur hidup, iaitu yang pertama kali dijatuhi di New Zealand.
Serangan Christchurch: Suspek bercadang bakar masjid selepas serangan
Tarrant, mengaku bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan keganasan.
Keputusan penghakiman insiden berdarah Christchurch diketahui 24 Ogos
Hakim Cameron Mander berkata keputusan penghakiman dijangka berlangsung selama tiga hari.