Tutup

#Himpunan812: 5,000 mula berkumpul, bilangan dijangka meningkat - Ketua Polis Negara

#Himpunan812: 5,000 mula berkumpul, bilangan dijangka meningkat - Ketua Polis Negara
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika menyertai Himpunan 812 anjuran Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS Pusat di Jalan Raja Laut hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 5,000 peserta perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) telah mula berkumpul setakat pagi Sabtu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menjangkakan angka itu akan meningkat menjelang pukul 2 petang.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dah buat persiapan yang rapi untuk hadapi perhimpunan yang nampaknya dah bermula pagi ini. Sekarang kita jangkakan kira-kira 5,000 dah berkumpul.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, kita doakan tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan pihak polis akan membuat tinjauan 24 jam," katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Berkhatan Perdana anjuran PDRM di Masjid Bukit Aman di sini.
Dalam pada itu, Fuzi menggesa peserta perhimpunan mengikuti nasihat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan jangan menimbulkan sebarang insiden kekecohan ketika berhimpun.

LAPOR LANGSUNG: Perkembangan Himpunan 812



Tag: Himpunan ICERD, Daulat 812, Himpunan812, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, PDRM, kawalan keselamatan, jumlah peserta himpunan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.